Pages

October 8, 2011

Hari yg errr...

Semalam, aku, cath, gwen & Intan makan tengahari di gerai belakang Sunshine. Makan pecal. Kami memang selalulah jugak makan di sini. Kenapalah aku rasa ayam goreng tu sedap sangat..Macam mau beli lagi & kalau boleh hari-hari mau pegi..Sedap sangat. Kalau mau mintak resepi boleh? :P


Lepas makan pecal tu, kami pergi bengkel motor si Along untuk tengok keadaan c Ceria. Brek depan skuter tu tak dapat dibaiki. Si Along pun suruh datang balik pukul 5 sebab dia mau pasang balik skuter tu.


Lepas kelas pergilah bengkel tu sekali lagi, kali ni skuter tu sudah siap pasang. Nasib baik. Memang susah mau bergerak kalau tak ada kenderaan. Good for Intan. Payah dia mau gerak kalau Ceria tak ada.


Next, aku pergi bank-in duit di CIMB semata-mata mau beli tiket wayang untuk midnight movie yang bertajuk 3D Three Musketeer. Terbang Rm16 per tiket.


On the way balik, seperti biasa, selepas turun jejantas aku akan melawan arah lalu lintas untuk naik ke tempat parking Saujana M03. Bila sampai selekoh tu, aku akan bawa motor perlahan sebab risau kalau ada kereta dari arah berlawanan. Aku tengok ada Pak Guard tengah bercakap dengan pemandu satu kereta ni..Apa lagi, patah balik & bawak motor laju buang masa putar 1 round untuk pergi tempat yang sama. Buang minyak saja. Tapi terselamat...Fuhhh...Kalau tak, samanlah jawabnya..

Kelas malam dari pukul 8.3opm - 10.30pm. Semasa kuliah tu, lecturer tu tanya siapa yang asal dari Sabah. Aku dan beberapa orang lagi pun angkatlah tangan. Tiba-tiba lecturer tu tanya, kamu "etnik" apa? Aku blur.. Tak tau mau jawab apa.. Aku ni mix kan..akhirnya aku pilih untuk mengaku yang aku sama bangsa dengan Nasma (coursemate yang juga 3 pupu @sepupu 3kali aku).

Tengah malam pula, aku, Cath, Intan, Gwen and Arthur pun bawak motor untuk tengok midnight movie. Errr...Aku tertidur dalam panggung tu.. What a waste of money! Rm16 tu!

On the way balik, situasi cemas berlaku di traffic light Jalan Bukit Gambier (selekoh mau ke Tesco). Dari jauh kelihatan sangat banyak motor. Memang dapat jangka semua tu mat rempit. Banyak sangat motor!! sangat menakutkan. Aku pun secara refleksnya membuat u-turn. Dapat tengok ada sebuah kereta polis menuju ke tempat tu. Dalam sekelip mata berpuluh-puluh motor berada di belakang kami sebab mahu lari dari polis. Rasa macam diekori pulak..Seram..Kami pun stay sekejap depan cyber cafe Sungai Dua. Tunggu sampai keadaan redha baru balik ke traffic light tu. Sampai di traffic light tu, lebih seratus motor tadi lesap! Hanya kerana sebuah kereta polis!

Macam-macam perkara unusual berlaku dalam masa satu hari. ni.Huh..