Pages

February 23, 2015

Mengendali pendakian Gunung Kinabalu

Pada 4 Februari yang lepas, saya telah berjaya menguruskan pendakian Gunung Kinabalu untuk 16 orang termasuk diri saya sendiri melalu trail Mesilau. Untuk pengetahuan semua, terdapat 3 trail utama untuk mendaki ke Gunung Kinabalu iaitu Timpohon, Mesilau dan Ferrata. Laluan Timpohon ialah laluan yang paling basic yang kebanyakan orang pilih untuk daki terutamanya bagi pertama kali. Ini adalah kerana kos yang lebih murah dan masa perjalanan yang lagi pendek berbanding trail yang lain. Trail Mesilau pula 2km lagi panjang berbanding dengan trail Timpohon dan memerlukan anda untuk mengambil pakej 3D2N (Termasuk penginapan malam sebelum mendaki). Ferrata pula hanya bagi mereka yang berani, fit dan sanggup berbelanja beribu-ribu untuk merasa pengalaman "tergantung" di tepi lereng gunung. Haha.. Bukan bergurau. tetapi memang benar.

Di dalam post ini saya akan bercerita step by step mengenai pengalaman saya menguruskan pendakian Gunung Kinabalu melalui trail Mesilau. Saya menerima banyak soalan sejak saya mengupload gambar di atas gunung di dalam facebook, Haha.. Jadi semua boleh baca di sini saja.

Pertama sekali, kita perlu memilih tarikh yang sesuai untuk mendaki dan setelah mengenalpasti tarikh yang dikehendaki, anda perlu menghantar emel ke reservations@suterasanctuarylodges.com.my or reservations.hq@suterasanctuarylodges.com.my Di dalam e-mail ini, anda perlu nyatakan bilangan pendaki, trail yang menjadi pilihan, status pendaki (samada Sabahan/Malaysian/non-Malaysian)dan tarikh yang diingini. Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk anda tinggal di hostel Laban Rata dan bukan di Gunting Lagadan. Sebab-sebabnya saya akan maklumkan sebentar lagi. Jangan lupa sertakan permintaan anda ini di dalam emel tersebut. Setelah menghantar emel tersebut. suatu sebut harga akan diberikan kepada anda yang mengandungi maklumat seperti no booking, harga keseluruhan, maklumat tempat menginap dan lain-lain. Adalah diingatkan bahawa tempat ini telah direserve untuk anda dan anda perlu membayar deposit dalam masa seminggu, jika tidak tempahan ini akan terbatal. Pastikan harga yang disebut adalah tepat. Jangan bayar deposit selagi maklumat di dalam sebut harga tersebut tidak tepat.

Pembayaran deposit boleh dibuat melalui kad kredit(borang kebenaran menggunakan kad kredit akan disertakan sekali di dalam emel sebut harga) atau pembayaran ke akaun Alliance Bank milik Sutera Sanctuary Lodges. Saya membayar keseluruhan bayaran dan tidak hanya deposit ke Akaun Alliance yang diberikan. Pada saya, adalah lebih mudah untuk saya membayar terus memandangkan semua pendaki-pendaki lain telah setuju dan komited dengan aturan yang dibuat.

Contoh emel yang dihantar kepada anda

Setelah membuat bayaran. hantaran bukti bayaran ke emel terbabit dan jangan lupa sebutkan sekali booking no. Emel anda akan diforwardkan ke unit akaun dan ia akan mengambil masa beberapa hari untuk pihak akaun SSL memperakui pembayaran anda. Setelah perakuan selesai, invoice akan dikeluarkan dan maklumat-maklumat lain akan diemelkan kepada anda termasuklah Climber's Form. Anda perlu mengisi semua details pendaki di dalam form ini dan menghantarnya semula kepada pihak SSL sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mendaki. Sekali lagi, adalah lebih baik jika anda menyelesaikan semua secepat mungkin dan tidak hanya menunggu pada saat akhir.


Header untuk Climbers Form

Sekarang, booking anda telah selesai. Latihan dan kelengkapan mendaki anda perlu dilengkapkan. Urusan lain hanya perlu dibuat semasa anda tiba di Kinabalu Park HQ iaitu pada hari yang telah anda tempah.
 Sutera Sanctuary Lodges

Saya akan ceritakan pengalaman saya pada hari kejadian di Kinabalu Park HQ pada post yang seterusnya.. Nantikan....

1 comment:

Unknown said...

salam...nak tanya awak bank in ke alliance bank tu bayar dicounter ke atau masuk dlm mesin cash deposit?