Pages

March 28, 2012

Moving Along With The Time Flow...


I want to sell my motorcycle. So, I decided to advertise at Mudah.my last night. My advert is just approved this morning approximately at 8.30am. I got many people calling asking me about the bike. Hehehe.. I've never thought that it going to be that fast. I've advertise my motorbike on two facebook groups last week but only one person give attention. I can't call it "interest" just yet because the person did not really contact me to talk seriously about it. Instead, that person just commented on the ad. Just a comment.

So advertising on mudah.my is definitely a good move. I've received deposit from a person who is willing to buy the bike. I've met him this morning. He is fast.. I will give him the bike next week. Fine person. :-)

I just can't believe that time passed so fast. Sometimes I just like can't catch up with every transition that I have to make. I just follow the time flow and do what I supposed to do when it is the time to make the move.

I will be leaving Penang on 7th April 2012 . Insya-Allah, I will be going to Kelantan on 13th April. Then I will stay there until the end of semester (end of Jun). My hometown is waiting afterward. After that, the PRP world (Provisional Registered Pharmacist) will eventually come..........:-)

March 11, 2012

Zaman Kanak-kanak Part III

Dulu bapak aku ada motor je. Jadi kalau kena hantar aku & adik lelaki aku pg sekolah rendah dulu. Kedudukan tu macam ni. Masa ni adik aku masih kecil lagi. Dua-dua kaki muat lagi dalam bakul motor tu. hehehehe..


Lama-lama, adik lelaki aku pun dah besar dan kakinya tak muat lagi nak masuk dalam bakul. Haha.. Jadi kedudukan tu berubah jadi macam ni.


Elemen yang kurang dalam lukisan ni. Helmet. X reti nak lukis lah.. :-)

Zaman Kanak-kanak Part II

Masa kecil-kecil dulu, abang sangat garang, bengis, kejam dan sewaktu dengannya....
Kalau kitorang buat benda yang dia tak suka.. hukumannya memang "kejam". Bagi kamilah.. Biasanya aku & adik lelaki aku yang selalu kena. Aku pun tak ingat dah apa kesalahan besar yang kitorang buat tu. Salah satu hukumannya ialah..................


Tidak dibenarkan menonton tv sewaktu rancangan doraemon sedang ditayangkan di tv. Masa tu aku rasa, nilah hukuman yang paling kejam.. Aku & adik aku pun cubalah juga nak tengok tv tu di sebalik dinding. Tu pun, kalau abang aku nampak, dia tak bagi juga. Hehehehehehe. Kalau ingat balik rasa nak gelak pun ada. :-)

Lepas tu, aku & adik aku tahu dahlah. Kitorang pun jadi budak baik terutamanya masa hujung minggu. Banyak kartun best oo.. Rugi kalau tak dapat tengok.

Zaman Kanak-kanak Part I

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu......

Dulu sebelum flat polis yang baru dibina, kitorang tinggal di flat untuk polis-polis marin. Rumah flat yang dah lama jugalah.. Tapi sekarang memandangkan polis marin telah "dihapuskan" mungkin Maritim kot yang ambil alih tempat tu sekarang.

Dulu keluargaku tinggal di tingkat 4, blok C di flat lama tu. Walaupun bapa aku bukan polis marin kan. Kira tinggal di situ dululah sementara balai baru dibuat.

Masa tu aku berumur dalam 4 @ 5 tahun. Satu malam ni, ada orang ketuk pintu rumah. Masa tu, bapa aku tiada di rumah. Mak akulah buka pintu tu. Sorang jiran tu datang bagitahu kat mak aku yang bini dia dah kunci pintu, dah tertidur agaknya, dia ketul-ketuk pun tak ada respon. Then dia mengambil jalan mudah untuk masuk ke rumahnya dengan meminta kebenaran untuk..........


Memanjat beranda rumah aku untuk masuk ke beranda rumahnya.. Tiada perkara buruk yang berlaku. Dia berjaya dalam aktiviti panjat memanjat tu. Untuk aku yang masa tu masih kecil, peristiwa ni sangat mendebarkan. Wohooo.....

Cuba bayangkan kalau lepas dia susah payah panjat tu, sampai-sampai je kat beranda rumahnya, terkunci pulak dari dalam. Apa agak-agaknya dalam kepala otaknya? Hahaha..Mesti frust & terjun terus dari bangunan tu kan. hehe.

Satu lagi yang aku ingat, abang aku selalu baling makanan kat kawan-kawan dia yang ada di bawah. Masa tu abang aku umur 9 tahun. Kadang-kadang baling langsat, rambutan, telur rebus.....
Justify Full
Aku pun joinlah sekali. Hahahaha..Best sangat. Lagi-lagi kalau ramai budak-budak yang sedia menyambut apa-apa yang kami baling dari atas. Diorang gembira, kami pun gembira. Hahahaha... Kenangan zaman kanak-kanak yang indah.. Kalau sekarang aku nak baling makanan kat orang, penampar kot yang aku dapat. :P