Pages

November 23, 2013

Antara kucing dan ajal

Setelah sekian lama aku tidak menulis di ruangan ini, tengah malam ni tiba-tiba terdetik untuk kembali menulis di sini. Terjagaku di tengah malam, teringatkan kucingku yang secara tidak sengaja telah aku langgar pagi tadi ketika mengundurkan kenderaanku. Apabila ku teringat kembali betapa manjanya kucing tersebut denganku, bertambah perasaan bersalah di hati ini.

Apakah yang boleh aku buat lagi? tiada apa-apa lagi. Tidak mungkin lagi. Namun, peristiwa hari ini memberiku pengajaran. Sesungguhnya kematian itu sangat mudah, sekelip mata sahaja. Kecuaian sedikit sahaja, kematian boleh berlaku. Di kala aku menangis kerana kematian kucing, mungkin ada orang lain di luar sana menangis di atas kematian orang yang penting dalam hidup. Bukannya aku mengatakan kucing adalah kurang penting daripada manusia, namun makna sebuah jasad itu bagiku bergantung kepada sejauh mana perasaan kita terhadapnya.

Apakah yang boleh dilakukan lagi. Semoga ko bersemadi dengan tenang di alam sana. Kucing yang tidak bersalah, yang menemani hari-hariku dengan penuh kasih sayang, mengikutiku ke mana-mana dengan penuh keterujaan. Mungkin sudah ajalmu. Hanya maaf mampuku ucapkan. Maafkan aku....

No comments: