Pages

November 11, 2012

Bual-bual Kosong

Hai kawan2...

Beberapa hari lepas aku mengadu dengan seorang kawan, yang aku tersangatlah bosan sebab berstatus "menganggur" sekarang ni. Menunggu posting yang belum tahu bila umpama menunggu hujan di musim kemarau. Ceh...pandai pulak aku berbahasa. Walaupun jawatan orang kata sudah dalam tangan, namun kerisauan tu tetap ada. Adakah anda pasti apa yang anda tunggu-tunggu sekarang akan berlaku juga sekiranya kerajaan bertukar? Anda tidak tahu itu, bukan? So, fikir-fikirkanlah. (Hanya perumpaan, bukan berbentuk hasutan politik. :-P)

Eh, lupa pulak.. Kawan aku tu pun suggestlah aku untuk update blog. Aku pun barulah teringat blog aku yang berhabuk dah ni..

Sekarang ni aku kat rumah dengan bapak aku saja sebabnya mak aku berada di Johor sempena menghadiri perkahwinan sepupu aku. Jodoh dengan orang sana. Jadi aku di rumah ni cuma tengok tv, online, cuci kain, makan, mandi, tidur. Masak tidak sebab bapak aku yang masak. Nasib baiklah..:-P Selain tu jugak, aku dan bapak aku selalu juga pergi tengok-tengok construction (Mahu guna perkataan "pembinaan" macam melebih-lebih sangat pula) di rumah taman yang bapak aku dah beli (secara hutang) lebih 6 tahun. 

Disebabkan rumah yang dibeli 1080 square feet saja atas bawah (ruang dalam sahaja, tidak termasuk car porch dan ruang2 di sekelilingnya), so menambah belakang rumah itu adalah suatu keperluan di sini.
 Tapak pembinaan. Tambah belakang rumah dalam 32 kaki.

Lori pasir. Awal2 dulu. Before everything begins

Pembinaan hanya melibatkan 1 tingkat sahaja. Nak buat tingkat atas tidak mampu. Jadi buat asal ada dulu. Rumah sekarang terlalu kecil namun bertambah mahal setiap tahun. Aku pun kadang-kadang tidak faham. Banyak rumah sekarang memang tidak sesuai diduduki kerana terlalu kecil namun tetap laris sebab tidak ada pilihan lain. Rumah yang bersaiz "logik" terlalu mahal. Yang sekangkang kera ini jugaklah yang terpaksa dibeli.

Hartanah di tempat aku sekarang sangatlah mahal dan kadang-kadang dirasakan sesuatu yang tidak mungkin. Rumah seperti ini sekarang bernilai 200ribu ++. Belum lagi yang bersaiz "logik". Aku pun terlalu takut untuk mengetahui harganya. Permintaan yang tinggi di samping pendapatan penduduk yang semakin bertambah membuatkan harga yang tidak mungkin pun menjadi mungkin. Tawau, merupakan bandar kedua terpenting di Sabah, namun cuma ke-3 dari segi keluasan di Sabah. 

Aku rasa dengan harga pasaran rumah sekarang, adalah lebih baik kalau buat rumah di tanah yang dimiliki sahaja. Lagi jimat kos. Boleh buat besar sebesar-besarnya lagi kalau ada tanah luas. Namun masalahnya, tidak mempunyai tanah di sini. Jadi, diam-diam sajalah. :-) Mencari tanah berdekatan bandar hampir mustahil sekarang. Kalau ada pun 1 ekar pun bole mencecah juta. Tapak rumah yang dijual di Batu 7 baru-baru ni bernilai RM20 setiap kaki persegi. Cuba bayangkan. Jarak 7 batu dari bandar namun harga?  Tidak terkata.

Bilalah aku akan memiliki tanah ni. Perantau datang dari jauh. Bapak aku perantau, aku pun jadi perantau jugaklah secara tidak langsung.

Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada, eh... dengan apa yang bapak aku ada. :-)

1 comment:

Nabila Mohd. Shaffie said...

hahahaha...akhirnya ko post jugak!