Cara aku menyambut detik tahun baru. Malam tu kami rancang untuk buat steamboat di bilik Cath. Sebelum tu, kami pergi Tesco barang2. Tesco memang penuh. Maklumlah public holiday.
Malam tu apa lagi, bersteamboat la kami. Siap rebut2 lagi. Tapi bab rebut2 ni biasanya memang akulah pemenangnya. Hahaha..aku guna senduk dorang cuma guna chopstick. Apa kaki?? hehehe.. To sum up, steamboat buatan sendiri memang mengenyangkan. Buncit perut sbb makan byk.
10 minit sebelum midnight, kami naik ke bukit HEP. Tengok bunga api dari situ. Ada budak-budak lain.di situ Sekurang-kurangnya kami tahulah ada jugak orang yang terperuk di USM ni untuk celebrate New Year dan bukan kami saja. Yalah, kat jalan raya dalam USM hampir takda kenderaan lain malam tu. Ke mana agaknya mereka menghilang? Itulah persoalannya..
Best gak la..yang penting dapat nampak bunga api secara live. Dapat rasa jugak sedikit bahang sambutan tahun baru ni.
Keesokan harinya, aku kuar lagi dengan kawan2 aku ni. Shopping YES di Queensbay. Rugilah kalau tak beli apa-apa sempena YES ni. Banyak jugak duit aku habis. Aku beli apa yang aku perlukan saja. 2 pasang seluar jeans, sepasang jam tangan BUM & seunit pemain mp3 sony.
Lepas ni, malas dah nak kuar. Tak nak kering-kontang di hujung sem nanti :-P
1 comment:
bestnya... part shopping tu yg best! love it..haha..
Post a Comment