Kisahnya bertempat di dewan futsal stadium Tawau, lebih kurang jam 9 malam. Kawan-kawan sekolah menengah aku mengajak aku untuk bermain futsal. Kira aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim la katakan. Aku sangat berat hati untuk pergi sebenarnya. Sehinggakan aktiviti tu start pukul 8 tapi aku mula bersiap pukul 7.30. Tu masih lagi berfikir mahu pergi atau tidak. Tapi disebabkan aku telah menjawab "ya" dengan kawan aku, aku pun pergi ke stadiumku bersama adik tersayang.
Sampai di sana kawan2 memakai baju merah dan hitam. Aku sedar yang aku tidak diberitahu tentang itu. Kebetulan pula aku memakai T-shirt merah dan adikku berbaju hitam. Kami pun joinlah team yang berlainan.
Di tengah-tengah permainan tu, aku mendapat bola, disebabkan keBANGKUan kaki aku, bola tu melantun dari kaki aku ke kaki adik aku. Adik aku yang suka bermain ganas ni pulak, merembat bola itu dan.....hinggaplah bola tersebut ke mata kanan aku. Habis penyek mata aku dengan spec aku sekali.. SaaakkkKKiiTTT!!! Nasib baik aku tak nangis di situ jugak..Spec aku bengkok tapi dapat jugak aku betulkan.
Rosak mood aku. Habis adik aku jadi mangsa marah aku. Kasihan jugak dia. Bukannya dia bersalah pun. Dalam mood yang begitu, kawan-kawan ajak singgah lepak di kedai makan lepas game. Aku mahu pergi. Tapi adik mahu balik rumah dahulu untuk menukar kasut. Pastu aku pun menyalahkan dia lambat & akhirnya aku tak jadi pergi. Dia pun pujuk2 aku untuk pergi, tapi sebab keegoan aku yang tinggi, aku tak mahu pergi & buat dia rasa lagi bersalah..
Hahahaha...beginilah hubungan adik-beradik kan.. Kadang-kadang bergaduh tapi sebenarnya aku sayang dia. Saja jak tu test2 dia.Wakakakka...
Hahahaha...beginilah hubungan adik-beradik kan.. Kadang-kadang bergaduh tapi sebenarnya aku sayang dia. Saja jak tu test2 dia.Wakakakka...
1 comment:
kenangan yg nggak bisa dilupain kok..hehehe.. so sorry.. :)
kin, aku pn x sure psl pkai baju wrna merah n itam tu, last2 aku pkai tudung pink terang..hehehe..
Post a Comment