Pages

March 30, 2011

Stalking TS

Ok lah...entry kali ini bukan berbentuk emosional atau penceritaan tentang diri aku. Kali ni..aku buat entry pasal gosip artis....Taylor Swift. Aku sangat suka dia ni.

Macamana ntah aku boleh berminat tentang gossip ni pulak... Hah...aku baru dapat tahu yang lain "Enchanted" dalam album baru "Speak Now" Taylor Swift tu ditujukan untuk Adam Young atau nama atas stagenya Owl City. Mesti kamu semua kenal dengan lelaki yang tak berapa hensem ni kan.. Lagu famousnya yang mempunyai lirik agak pelik, Fireflies. Disco ball just hanging by a thread? Hah..lebih kurang lah...

Ntah macamana Adam ni dengar album Speak Now tu and terperasan yang lagu Enchanted tu untuk dia. Macam ni, dia dapat tau dari cover album yang ada lirik untuk setiap lagu tu, then dalam lirik lagu Enchanted tu suma abjad lowercase cuma 4 abjad ja yang di capitalized kn.. A-D-A-M. Melalui lirik lagu tu jugak la dia dapat clue.. Termasuk perkataan wonderstuck, suma berdasarkan kenangan dorang masa berjumpa. Boleh try google.:-)


Pastu, Adam ni pun hati berbunga-bunga..Dia nyanyilah lagu Enchanted tu sebagai jawapan kepada Taylor Swift. Dia luahkan perasaanlah di situ. Tulis dalam blog dia lah...Buat surat cinta dalam video la..Korang boleh download lagu Enchanted versi Adam Young di sini .

Sudah tu dia buat lagu special pulak untuk Taylor Swift. Hah...download sini. Tajuknya Lonely Lullaby.

Sudah dia buat suma ni.. Aku rasa, TS tidak membalas cintanya. Rasanya sebab benda tu dah lama & dia sudah move on...Dia sekarang ada boyfriend baru pelakon Glee, Chord Overstreet.

Jadi kesimpulannya, meranalah si Owlcity ni.. Korang boleh try tengok twitternya.

Dan seterusnya...habis masa aku berejam2 stalking artis2 ni... Hampehhh!!!

March 26, 2011

Sorry

Gonna leave blogosphere for a while until everything cool down. I thought of deleting this blog but this is my only loyal companion since the last three years. So, it will stays..

Sorry to the people that are offended my my writing. I'm just expressing myself here, nothing more.. I never thought of that to happen. No, I don't need your attention. This blog is just my space for me to comfort my feeling and just move on with life. and you don't need to change that.

I'm sorry!!

March 16, 2011

Sebahagian daripada kehidupan

Dulu kita sahabat baik, janji tidak akan putus hubungan, tidak akan lupa kawan. Bila masa berlalu, situasi berubah begitu juga dengan diri kita. Yang dahulunya kawan yang kita pentingkan, tiada lagi dalam kehidupan kita.

Dia bukannya lagi orang yang kita selalu jumpa, bukanlah orang yang ada di sisi, bukan tempat kita berkongsi suka dan duka dan tidak berada di situ dalam saat-saat penting dalam kehidupan kita. Dalam tempoh masa sekarang, kawan baik yang dulu itu bukan lagi dalam kehidupan kita.

Dia ingat kepada kita.. Adakah kita masih mengingati dia? Sekerap manakah dia pernah muncul dalam benak fikiran kita? Hanya bila kita perlukan dia? Atau mungkinkah kita bahagia dengan teman2 dan kehidupan sekarang sehingga melupakan masa silam kita?

Peringatan buat diri sendiri. Bagaimana cara aku melayan orang lain, akhirnya kena pada aku sendiri. Sayangilah teman2 anda. Walaupun mereka bukan lagi selalu dalam kehidupan kita, namun kita harus tetap menghargai mereka.

Kehidupan kita ini seolah2 mempunyai radius yang membentuk bulatan sendiri. Berpindahnya kita dari suatu tempat, kita seolah2 di tengah bulatan itu dan bulatan itu akan mengikuti perubahan hidup kita. Anjakan dari mempunyai kehidupan dengan sekelompok manusia dan seterusnya berpindah ke kelompok manusia yang lain.

Apa yang aku merepek ni...cubaan berfalsafah..ehhh berfalsampah yang gagal..

Kla, jumpa lagi lain kali...

P/s: Post ini ditujukan kepada kawan baik aku, Noranisah Amat. :-)

March 8, 2011

Marah

USMhotspot buat hal pulak...xdpt guna Updated blogger editor. Xpala...old editor pun jadi laa...

Aku ni seorang yang kadang kala sangat panas baran. hehehe.. rasanya kebanyakan orang pun macam ni kan.. lagi-lagi tekanan hidup yang ada di zaman globalisasi ni..hahahahha..entah la.. Tapi setakat ni, aku masih dpt mengawal sifat buruk itu dan boleh dikira bersopan-santunlah jugak...Wakakakakakak...Statement sebelum ini hanya bertujuan untuk menimbulkan loya.

Dalam post ni, aku akan bagi kamu tips2 untuk mengelakkan timbulnya perasaan marah dan juga tips untuk mengawal bahang kepanasan itu..

Senarai tips untuk mengelakkan timbulnya perasaan marah:

a. Tips pertama, kemaskini wall facebook anda.. Hide newsfeed mereka yang selalu memaki di status mereka,hah...nak senang, hide sapa2 yang selalu tulis perkara-perkara yang buat anda hangin x tentu pasal.. Step ini adalah penting so that, xdala benda bukan2 yang akan merosakkan mood anda di pagi hari yang nan indah..

b. Yang kedua, jauhi orang yang anda rasa tidak ngam dengan anda. Sebagai contoh, setiap kali si polan ni bukak mulut, anda akan terasa dengan apa yang dia cakap. ataupun, dia ni main cakap lepas or suka jeling or bipolar or moody. Ini adalah penting agar anda tidak menyimpan dendam dengan mereka seterusnya meng"trigger" kemarahan anda. Bak kata bapak aku, tak mati pun kalau x berkawan. (adalah beberapa orang yang aku elakkan)

c. Elakkan bercakap benda yang anda sensitif dengan orang-orang yang anda tidak rapat. Manusia ni pelik, even cakap "aku nak tahu pendapat ko, cakap ja terus-terang, aku x kisah", konon ar..padahal ambik hati..Untuk mengelakkan perkara sebegini, cuma berbual dengan mereka yang rapat tentang hal ini, kerana anda tahu mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengguris perasaan anda.

d. Jangan meminta tolong dengan sesiapa sekiranya anda ada keraguan dia akan berkata "ya". Menjadi seorang yang panas baran bukannya sesuatu yang mudah, even if orang kata "no'" ja, itu sudah cukup merosakkan hari aku. That's why, I like to do things on my own and by my own even if it's hard to handle alone. I dislike to hear a "no".

Senarai tips untuk mengawal perasaan marah:

a. Yang paling berkesan setakat ni, fikirkan segala perkara baik yang orang tu pernah buat dengan anda, kenangan gembira bersama dan benda-benda baik tentang orang yang anda marah itu. Step ini sgt berkesan. Kadang-kadang boleh menimbulkan simpati & perasaan sayu jugak.:-)

b. Tidur.. Ini kadang-kadang berjaya. Kalau berjaya, aku biasanya akan bangun tidur dengan perasaan menyesal.. Dalam fikiranku, "kenapalah aku perlu marah, apa yang dah aku buat ni?". Pastu menyesal seterusnya bertaubat.:-p

c. Mendengar lagu dan menyanyi. Ini lebih kurang cara menghilangkan stress laa...Selain itu, anda juga boleh menonton kartun, bermain dengan kucing yang cute, berjalan ke Queensbay sorang2 untuk mengurangkan kemarahan yang ada itu.

d. Buat sesuatu untuk "membalas dendam". Sebagai contoh, mendelete dia dari friendlist facebook, tidak layan dia 2-3 hari, tidak reply msg @ bole jugak membuat patung berbentuk orang berkenaan and cucuk2 pin atasnya..hahaha...xla..itu jadi mcm lain lah pulak. Betul2 childish ar aku ni....

Itu sajalah listnya...entahlah kenapa aku tulis post tentang ni. Sekarang aku tak da perasaan marah pon. Bahagia ja ni..

Oklah..Aku mau tido dah ni.. Good night.