Pages

March 8, 2011

Marah

USMhotspot buat hal pulak...xdpt guna Updated blogger editor. Xpala...old editor pun jadi laa...

Aku ni seorang yang kadang kala sangat panas baran. hehehe.. rasanya kebanyakan orang pun macam ni kan.. lagi-lagi tekanan hidup yang ada di zaman globalisasi ni..hahahahha..entah la.. Tapi setakat ni, aku masih dpt mengawal sifat buruk itu dan boleh dikira bersopan-santunlah jugak...Wakakakakakak...Statement sebelum ini hanya bertujuan untuk menimbulkan loya.

Dalam post ni, aku akan bagi kamu tips2 untuk mengelakkan timbulnya perasaan marah dan juga tips untuk mengawal bahang kepanasan itu..

Senarai tips untuk mengelakkan timbulnya perasaan marah:

a. Tips pertama, kemaskini wall facebook anda.. Hide newsfeed mereka yang selalu memaki di status mereka,hah...nak senang, hide sapa2 yang selalu tulis perkara-perkara yang buat anda hangin x tentu pasal.. Step ini adalah penting so that, xdala benda bukan2 yang akan merosakkan mood anda di pagi hari yang nan indah..

b. Yang kedua, jauhi orang yang anda rasa tidak ngam dengan anda. Sebagai contoh, setiap kali si polan ni bukak mulut, anda akan terasa dengan apa yang dia cakap. ataupun, dia ni main cakap lepas or suka jeling or bipolar or moody. Ini adalah penting agar anda tidak menyimpan dendam dengan mereka seterusnya meng"trigger" kemarahan anda. Bak kata bapak aku, tak mati pun kalau x berkawan. (adalah beberapa orang yang aku elakkan)

c. Elakkan bercakap benda yang anda sensitif dengan orang-orang yang anda tidak rapat. Manusia ni pelik, even cakap "aku nak tahu pendapat ko, cakap ja terus-terang, aku x kisah", konon ar..padahal ambik hati..Untuk mengelakkan perkara sebegini, cuma berbual dengan mereka yang rapat tentang hal ini, kerana anda tahu mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengguris perasaan anda.

d. Jangan meminta tolong dengan sesiapa sekiranya anda ada keraguan dia akan berkata "ya". Menjadi seorang yang panas baran bukannya sesuatu yang mudah, even if orang kata "no'" ja, itu sudah cukup merosakkan hari aku. That's why, I like to do things on my own and by my own even if it's hard to handle alone. I dislike to hear a "no".

Senarai tips untuk mengawal perasaan marah:

a. Yang paling berkesan setakat ni, fikirkan segala perkara baik yang orang tu pernah buat dengan anda, kenangan gembira bersama dan benda-benda baik tentang orang yang anda marah itu. Step ini sgt berkesan. Kadang-kadang boleh menimbulkan simpati & perasaan sayu jugak.:-)

b. Tidur.. Ini kadang-kadang berjaya. Kalau berjaya, aku biasanya akan bangun tidur dengan perasaan menyesal.. Dalam fikiranku, "kenapalah aku perlu marah, apa yang dah aku buat ni?". Pastu menyesal seterusnya bertaubat.:-p

c. Mendengar lagu dan menyanyi. Ini lebih kurang cara menghilangkan stress laa...Selain itu, anda juga boleh menonton kartun, bermain dengan kucing yang cute, berjalan ke Queensbay sorang2 untuk mengurangkan kemarahan yang ada itu.

d. Buat sesuatu untuk "membalas dendam". Sebagai contoh, mendelete dia dari friendlist facebook, tidak layan dia 2-3 hari, tidak reply msg @ bole jugak membuat patung berbentuk orang berkenaan and cucuk2 pin atasnya..hahaha...xla..itu jadi mcm lain lah pulak. Betul2 childish ar aku ni....

Itu sajalah listnya...entahlah kenapa aku tulis post tentang ni. Sekarang aku tak da perasaan marah pon. Bahagia ja ni..

Oklah..Aku mau tido dah ni.. Good night.

No comments: