2-4 Mei hari tu aku & 3 orang kawan buat trip last minute ke Cameron Highland. Plan ni muncul time discuss tentang pharmacognosy, 2 hari sebelum paper ni, yang juga last paper untuk exam semester ni. Bincang pasal herb2 boleh pulak terkait sampai nak tengok ladang teh.. Camelia sinensis?? Mungkin sebab ni kot..haha..
Bajet bawah Rm300, termasuk transport, makan, hotel, everything laa.. Di cameron ni, special dishnya steamboat, sebab banyak sayur fresh mungkin. 2 malam ada di sana, 2 malam tu jugak kitorang makan steamboat. Boleh tahanlah... Memang heaven untuk penggemar sayur macam si Cath.
The highlight of this trip, definitely masa pergi ke BOH Plantation Sungai Palas. Kehijauan pokok teh, saujana mata memandang...chewahhh.. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, minum teh lagi dengan permandangan indah tu.. (Peliknya ayat ni). Memang tempat yang sesuai untuk orang2 yang mahu pergi berhoneymoon..
Selain tu, yang bestnya dalam trip ni sebab dapat makan hidangan strawberi yang macam2.. Choc coated strawberry, ice-cream strawberry, strawberry+cream....dan jugak dapat rasa sayur watercrest(beginikah eja?)
Beginilah orang yang 1st time pergi Cameron kan, jakun sikit.haha..
Di bawah ni antara gambar semasa di sana..
Sebelum balik, beli jam strawberry, teh strawberry & bermacam2 sayur untuk makan dengan kawan2 di USM. Tapi yang sedihnya, banyak sayur tu layu sebelum sempat kami buat steamboat. Dapat ambik sikit saja.Tu pun daun dah kuning-kuning...
Jalan-jalan hilangkan tension lepas exam. Last2 pas trip tension sebab duit semakin berkurang. Hahahaha...ikin...ikin.....
No comments:
Post a Comment