Pages

August 19, 2012

Akhirnya aku dah habis belajar!


Tarikh konvo sudah diumumkan...Akhirnya pengajian 4 tahun dah selesai.. Walaupun rasanya orang lain dah puas kerja, dah banyak saving, aku baru nak konvo. Tak apa lah...Janji graduate. Harap2 segalanya akan berjalan lancar & aku dapat kerja cpt. :-)

Persediaan untuk hari konvokesyen ni agak menyerabutkan.. Lebih2 lagi bab tiket flight. Bapak aku, asal kakitangan awam yang berasal dari semenanjung. Jadi, setiap tahun dapat mohon tiket flight free untuk balik ke sana. Atau bapak aku selalu gelar "warrant ticket". Tapi disebabkan pengurusan yang lambat ni, kami pun risau tak dapat, pastu memandai2 lah kami pergi beli tiket guna duit sendiri... 3 minggu lepas beli tu, orang pejabat inform yang warrant ticket dah diluluskan...Apakan daya...terbang dah duit untuk beli tiket sendiri. Nasib baik beli one way untuk 2 orang saja. Tu pun lebih RM500. So, hopefully dapat adjustlah macamana, supaya tidak merugikan. Maybe guna tiket flight free ni untuk tahun depankah.....Walaupun sebenarnya tahun depan dapat mohon yang lain lagi. ('.')"

Urusan homestay di Penang dah selesai. Banyak masa aku habiskan depan komputer untuk cari tempat yang bersesuaian. Sesuai dengan bilangan orang yang pergi nanti dan jarak yang sesuai dari USM. Setelah survey2 banyak homestay, aku pun contactlah beberapa. Semua bagi jawapan yang homestay sudah full. Agak merisaukan. Hari ke-2 mencari, barulah dapat. Cepat2 pergi bank-in deposit, tak nak homestay dikebas dek orang. :-)

Itu sajalah setakat ni...Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Maafkan salah silap aku...:-)

1 comment:

vblogklasik said...

Jumpa di convex nt.. :D