Pages

December 29, 2010

Betapa beremosinya aku

Kisahnya bertempat di dewan futsal stadium Tawau, lebih kurang jam 9 malam. Kawan-kawan sekolah menengah aku mengajak aku untuk bermain futsal. Kira aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim la katakan. Aku sangat berat hati untuk pergi sebenarnya. Sehinggakan aktiviti tu start pukul 8 tapi aku mula bersiap pukul 7.30. Tu masih lagi berfikir mahu pergi atau tidak. Tapi disebabkan aku telah menjawab "ya" dengan kawan aku, aku pun pergi ke stadiumku bersama adik tersayang.

Sampai di sana kawan2 memakai baju merah dan hitam. Aku sedar yang aku tidak diberitahu tentang itu. Kebetulan pula aku memakai T-shirt merah dan adikku berbaju hitam. Kami pun joinlah team yang berlainan.


Di tengah-tengah permainan tu, aku mendapat bola, disebabkan keBANGKUan kaki aku, bola tu melantun dari kaki aku ke kaki adik aku. Adik aku yang suka bermain ganas ni pulak, merembat bola itu dan.....hinggaplah bola tersebut ke mata kanan aku. Habis penyek mata aku dengan spec aku sekali.. SaaakkkKKiiTTT!!! Nasib baik aku tak nangis di situ jugak..Spec aku bengkok tapi dapat jugak aku betulkan.

Rosak mood aku. Habis adik aku jadi mangsa marah aku. Kasihan jugak dia. Bukannya dia bersalah pun. Dalam mood yang begitu, kawan-kawan ajak singgah lepak di kedai makan lepas game. Aku mahu pergi. Tapi adik mahu balik rumah dahulu untuk menukar kasut. Pastu aku pun menyalahkan dia lambat & akhirnya aku tak jadi pergi. Dia pun pujuk2 aku untuk pergi, tapi sebab keegoan aku yang tinggi, aku tak mahu pergi  &  buat dia rasa lagi bersalah..
 
Hahahaha...beginilah hubungan adik-beradik kan.. Kadang-kadang bergaduh tapi sebenarnya aku sayang dia. Saja jak tu test2 dia.Wakakakka...

December 28, 2010

Balik ke USM

Ya..skrg aku dah di USM. Hurmmm.2-3 hari ni memang amat membosankan. Kawan2 belum balik lagi, plus aku masih cuba membiasakan diri semula dengan hidup sorang2 tanpa keluarga ni.Awal aritu aku bangun dari tidur menyangkakan yang aku masih berada di rumah. Bila aku buka mata baru sedar aku sekarang di USM, duduk di bilik sendiri, roomate aku belum balik lagi.

Aku naik flight dari Tawau ke Kuala Lumpur pada hari sabtu, malam pukul 10.30. Flight terakhir ke Tawau untuk hari tu. Flight aku dari Kuala Lumpur ke Penang pula pada keesokan harinya, pada pukul 6.55pagi. Aku kena bermalam di airport la jawabnya..Yalah, tiket murah sikit kalau ambik flight yang ni.

Aku masuk ke balai berlepas di airport Tawau awal. Aku beria-ia untuk masuk sebab risau kalau2 orang dah naik pesawat. Padahal family aku masih ada di situ menemankan aku. Aku peluk setiap ahli keluargaku, melalui kaunter imigresen pastu duduk menunggu di balai berlepas. Tiba-tiba, seorang budak perempuan datang duduk betul-betul di sebelah aku. Aku pun terasa sangat pelik sebab banyak sangat kerusi kosong di situ, perlukah dia menyempit di sebelah aku?? Dia menyapa aku....

Rupanya dia first time naik flight & pergi ke semenanjung. Prosedur naik pesawat pun dia tidak tahu. Dia pun memberitahu aku yang dia telah tertipu oleh seorang makcik yang memberitahu flightnya telah berlepas. Apa punya makcik daa..menakutkan orang jak. Kami pun berbual2 dan naik pesawat bersama-sama. Tapi tempat duduk kami di atas pesawat berlainan. Jadi dia memintaku untuk menunggunya apabila aku turun dari pesawat di KL nnt.

Sampai d KL, aku tidak menunggunya di tangga pesawat tu. Kami berjumpa di tempat ambil bagasi. Oh ya, dia juga terpaksa bermalam di airport untuk malam tu sebab abangnya hanya dapat jemput dia esoknya sebab isterinya baru selesai bersalin. Kami memulakan slumber party di airport dengan makan bekalan yang dibawa dari Tawau. Pastu, dia paksa aku makan buras yang dia bawa. Sedap gak. 

 Nuriah

Tidur di airport memang tidak lena. Aku hanya dapat tahan tidur-tidur ayam dalam hanya sejam sebelum seseorang terlanggar troliku yang kemudiannya membangunkan ku dari tidur. Kuang hasam punye orang. Tak boleh tgk org senang sket. Best gak la ada teman gak untuk bermalam di airport. Tak la rasa seram sangat. Walaupun dia 2 tahun lagi muda dari aku..

Sebelum berpisah, aku tangkap gambar dia & bersalam. Mungkin lepas ni tidak jumpa lagi. Mungkin jugak jumpa lagi. Sapa tahu kan. Jodoh pertemuan di tangan tuhan..:-)

December 15, 2010

Apa yang aku buat masa cuti

Hah..Akhirnya aku dapat fokuskan diri untuk duduk depan laptop ini , dengan niat untuk meng"update" blog.

Hari-hari cuti dengan adik beradik memang best. Lebih2 lagi bila abang aku turut mengambil cuti dan balik ke Tawau. Yang bestnya sebab dia suka bawa jalan2 & belanja kitorang macam2..
Sepanjang aku tak update blog ni, macam2 aktiviti yang aku buat, antaranya......

-BERMANDI LUMPUR

Mak aku pergi ke Kunak untuk menonton perlawanan bola tampar. Lepas game tu, diorang pun berkunjung ke....errr...tak tahu lah di mana. Yang pasti dekat dengan Tingkayu. Jauh...masuk dalam hutan..hah...

Diorang pergi ke kawasan lumpur lava gunung berapi tu. Dapat imagine tak lumpur yang tengah menggelegak?hah..diorang pergi ke tempat tu. Mak aku pun "tapau" la lumpur tu untuk diguna di rumah memandangkan kebaikannya yang banyak..melicinkan kulit and so on..Makcik2 lain pun turut menapau sama.

Kami apa lagi..pakai lumpur tu ala2 bedak sejuk..

Penuh dengan lumpur pun masih mau sms


-MEMBANTU ADIK MEMAKAI CONTACT LENS

Adik perlu pakai contact lens sebab....errr...ada lah sebabnya..jadi kakak aku pun ajar dia pakai. Memang payah jugak. Sebab adik aku ni asyik2 nak kedip mata.. bulu mata dia tu mengganggu betul..Akhirnya berjaya jugak walaupun hampir satu jam mencuba..

Tu pun asyik2 mengadu pedih..manja betul..tu ar..sapa suruh rabun.. (cakap orang dia sendiri.hihihi)




Tu saja setakat ni.. ada lagi tapi tak ada gambar. Nak cerita pun tak ada feel. Nanti2 lagi cari inspirasi, apa yang mau ditulis lagi.hehehehe...

Daaaaaa.....

P/S- Terasa kekok menulis blog selepas lama tak tulis.Lama ka?

December 5, 2010

Kamera

Bermulalah kisah seseorang yang gatal tangan, dia membuka laci di mana sebuah kamera rosak telah bertapak lebih sebulan. Kamera itu ditelitinya, digosok2, ditolak2, ditarik2 dan macam2 lagilah..

Kemudian orang itupun mengambil keputusan untuk mengambil risiko menarik lensa kamera yang telah termasuk itu. Dengan sedaya upaya dan penuh keganasan aksi menarik itu dilakukannya..

Tiba2...sesuatu ajaib telah berlaku. Lensa kamera itu tiba2 masuk semula ke dalam kamera itu! Setting untuk time & date telah muncul di skrin kamera, seolah2 merayu untuk ditetapkan.

Setelah selesai, skrin tersebut telah memaparkan apa yang sepatutnya!! Aku dapat menangkap gambar lagi dengan kamera ini!! Yess!!

Kamera aku dah baik daaaa....

Walaupun dah buruk..Sangat incredible.

Orang kedai kata kene ganti lens. Aku guna tangan betulkan pun dah boleh baik. Weeee~~~

KK trip

I'm just back from KK to attend my second cousin wedding. Nahhh.... not really. I just want to accompany my mom plus having a bit of fun outside my town.

It is quite some time since the last time I've traveled there by BUS! Yes, it is a 9-hour-ride. The last time I rode a bus to KK is when my bro finished his police training. So, it has been over a year.

The groom is my second cousin. He is a police inspector

The couple is lovely!! Like Malay proverb, "seperti pinang dibelah dua". It is just entertaining to see how lovely they were on the pelamin, chatting and laughing.. Just the two of them there. Just like in a two-person-paradise, ignoring people around them.(wahahaha...exaggerating description, sorry!)

Nothing much.. I have been introduced with many of my aunties, uncles, cousins and etc.. I'm not sure whether I can remember all their faces and their names! I'm not the kind of person who can blend well with people I just knew, except they approach/talk to me first! As a conclusion, I don't socialize that well there.I just followed my mom everywhere, walked behind her.

I think a gained weight within these three days trip! I ate a lot. Like always, during kerja kahwin, foods are everywhere. All the makciks and pakciks will keep on asking you to eat that and these. The last thing you know that you feel a bit tight when wearing your jeans!

It's interesting to see cute babies and children running around. Having fun in the middle of the kerja kahwin chaos. ehh.. No, babies don't run. They just cry and eat. When they cry, their mom stuff their mouth with food and drink. Then, they will stop crying. But still, they are cute. Hehe..

My second cousin

Cousin..

Daaa...Darkness. Mind my dark face.:-p