Pages

December 15, 2010

Apa yang aku buat masa cuti

Hah..Akhirnya aku dapat fokuskan diri untuk duduk depan laptop ini , dengan niat untuk meng"update" blog.

Hari-hari cuti dengan adik beradik memang best. Lebih2 lagi bila abang aku turut mengambil cuti dan balik ke Tawau. Yang bestnya sebab dia suka bawa jalan2 & belanja kitorang macam2..
Sepanjang aku tak update blog ni, macam2 aktiviti yang aku buat, antaranya......

-BERMANDI LUMPUR

Mak aku pergi ke Kunak untuk menonton perlawanan bola tampar. Lepas game tu, diorang pun berkunjung ke....errr...tak tahu lah di mana. Yang pasti dekat dengan Tingkayu. Jauh...masuk dalam hutan..hah...

Diorang pergi ke kawasan lumpur lava gunung berapi tu. Dapat imagine tak lumpur yang tengah menggelegak?hah..diorang pergi ke tempat tu. Mak aku pun "tapau" la lumpur tu untuk diguna di rumah memandangkan kebaikannya yang banyak..melicinkan kulit and so on..Makcik2 lain pun turut menapau sama.

Kami apa lagi..pakai lumpur tu ala2 bedak sejuk..

Penuh dengan lumpur pun masih mau sms


-MEMBANTU ADIK MEMAKAI CONTACT LENS

Adik perlu pakai contact lens sebab....errr...ada lah sebabnya..jadi kakak aku pun ajar dia pakai. Memang payah jugak. Sebab adik aku ni asyik2 nak kedip mata.. bulu mata dia tu mengganggu betul..Akhirnya berjaya jugak walaupun hampir satu jam mencuba..

Tu pun asyik2 mengadu pedih..manja betul..tu ar..sapa suruh rabun.. (cakap orang dia sendiri.hihihi)




Tu saja setakat ni.. ada lagi tapi tak ada gambar. Nak cerita pun tak ada feel. Nanti2 lagi cari inspirasi, apa yang mau ditulis lagi.hehehehe...

Daaaaaa.....

P/S- Terasa kekok menulis blog selepas lama tak tulis.Lama ka?

No comments: