Pages

February 25, 2011

College life

Hari tu, junior aku tegur, dia kata banyak sangat tempat yang aku pergi sem ni.. Aku rasa tidak pun.. Hmmm...status kewangan aku? Alhamdulillah masih stabil lagi.. Aku rasa , aku tidak perlu meminta duit family untuk sem ni..

Yalah...meh lah aku "summarize"kan aktiviti aku untuk semester ini. 

1. Langkawi (3 hari 2 mlm - cuti2 msia)

2. Pantai Kerachut ( 2 hari 1 mlm - camping)

3. Bukit Hijau (Day trip) + BBQ PERSIS

4. Ipoh & Taiping ( 2 hari 1 mlm - bermalam rumah kawan)

5. Akan datang : Titi Hayun @ Sungai Sedim (3hari 2mlm kot..camping) InsyaAllah klu jd

6. Perlis (Ahad ni), lawat Taman Herba. Hahahahahaha...

Hah...Yang atas ni kira big event luar USM. Kat USM plak...Aku join:

1. NPSC- National Pharmacy Sports Carnival (futsal, upih pinang, tuju kasut)
2. CNY Dinner @ Eastin Hotel
3. Inspection Day Green Lung
4. Akan datang - Malam Citrabayu
Bagi aku tak banyak..aku pernah join lagi banyak dari ini.. Sem ni aku tak banyak keluar ke shopping mall. Rasanya baru 2 kali ke Queensbay. Aku baru tengok 1 movie je di panggung sepanjang sem ni.. Tajuknya, Shaolin. BJ pun aku tak masuk lagi sem ni.. Sem ni selain aktiviti di atas, aku cuma pg lepak kat bawah jambatan Pulau Pinang ja dengan kawan2. Kesimpulannya, aktiviti sem ni tak la banyak :-p

I'm enjoying my college life. :-D How about you?

No comments: