Pages

February 25, 2012

Berbelanja di Popular Bookstore

Baucar buku yang tinggal

Baiklah.. memandangkan semua orang buat entry tentang bagaimana diorang belanjakan baucar buku yang diberikan kerajaan. Aku pun mahu tulis tentang tu juga. :-) Aku baru belanjakan RM100. Masih tengah merancang bagaimana untuk menggunakan bakinya. :-) Skema. :P

Inilah barang-barang yang berharga RM100 itu..Semuanya yang aku perlukan.

- Pembalut buku untuk membalut buku yang selama ini tidak berminat langsung untuk dibalut. Ada baucar buku baru sibuk mahu balut buku kan. macamlah mahal sangat pembalut tu.
-Botol air untuk bawa pergi gym & kuliah. Selama ni guna botol air mineral yang sama berulang-ulang. Sepanjang sem pulak tu guna botol yang sama.. Sangat berbahaya untuk kesihatan.
- Foolscap paper 1 bundle untuk kegunaan akademik.:-)
- Clear file holder untuk bawa dokumen penting masa interview SPA bulan 4 nanti.Insya-Allah
- Superglue (tiada dalam gambar), untuk gam kasut sekiranya terkoyak. (banyak pengalaman tentang kasut koyak ni. Maklumlah, agak ganas. Macam kaki menggigit kasut pulak kan)
- Selotep kotak (tiada dalam gambar). Apa lagi, untuk gam kotak la bila packing nanti. :P

Ini antara benda interesting bagi aku. Buku nota bersaiz sederhana yang berwarna kuning. Cantikkan? :P

Another Sophie Kinsella novel is mine! :-) Hoping to improve my English. :-)

Kertas untuk print memandangkan yang sedia ada tinggal sedikit. Tiada pula kertas double A @ apa-apa yang sewaktu dengannya dijual di Popular tu. Klu beli sebundle tu murah sikit. Dahlah tu, tersilap pula yang beli 100gsm. Tebal-tebal ni mahu guna untuk apa. Aiyakk.. Silly mistake.

Cutter , stapler, pen & pensel mekanikal. Betul-betul kekurangan sekarang. Stapler yang sebelum ni hilang entah ke mana.

Hahaha..macam laporan lengkap perbelanjaan pula. Macamlah orang lain mahu tahu kan? :P Anda sudah menggunakan baucar buku anda? Jika belum, silalah berbuat demikian sebelum bulan 3 berakhir. Gunakan sebaiknya.. :-)

No comments: