Raya ketiga..Akhirnya abang aku kerja setengah hari. Petang ada peluang utk jalan2.yeay! Baru aku sedar skrg, jadi polis memang payah. Dulu masa tgk bapak aku kerja, x rasa begitu pulak.. Rasanya kerja di semenanjung ni lagi memenatkan. Sebab keadaan lalu lintas sini sgt sibuk.
Bermula la cerita kami.. Kami berlepak di i- city Shah Alam setelah melangsaikan urusan di KL Sentral. Matahari dah start terbenam masa kami dah sampai di i-city. Saya tidak pernah tahu langsung tentang tempat ni. Akhirnya berpeluang jugak singgah. Bukan setakat singgah, klu singgah xlah sampai berjam2 kan. Caj masuk? 1 kereta RM10. Klu jln kaki, free jak. Di sini, bermulalah sesi fotografi kami. cantik permandangan dengan adanya banyak "pokok lampu". Ramai jugak orang yg ke sana. Masa kami dah nak balik, kawasan tu & tmpt parking ketanya skali memang agak sesak. Semua kelihatan gembira melihat lampu2 di situ. Saya sempat membeli cenderahati "helikopter lampu" yang berharga RM5 di sana. Main benda tu macam kanak2..hehehe..
Lepas puas lepak di i-city.Kami singgah makan di gerai. Makan tomyam. Tidaklah sedap sangat kalau nak dibandingkan dengan restoran favourite saya di USM, Gee Tom Yam. Lepas tu kami menuju ke Pusat karaoke, berkaraoke selama sejam pastu balik..
Hari ni aku lebih "open" dengan adik-beradik aku. Contohnya, aku nyanyi lagu "forever and always by taylor swift "&aku sorang jak yang tahu lagu tu. Yang lain hanya gelak dengar aku nyanyi lagu yang "pelik" di telinga diorang tu. Sesi karaoke tu aku kuasai 40%.hehehe..dengarlah suara aku yang "merdu" ni. Selalunya, aku tak menyanyi langsung tau!
No comments:
Post a Comment