Pages

November 22, 2010

Berjiwa muda.

Exam terakhir untuk sem 1 adalah pada 19 Nov 2010 yang lepas. Aku pun "terancang" sesuatu, iaitu mengajak kawan2 untuk tengok filem baru harry potter malam hari tu jugak. Dengan lebih tepat lagi pada tengah malam. Tiket kubeli dengan cara online. Kami pergi berlima.

Kami makan di khaleel pada pukul 9.30pm dan merancang untuk terus ke Queensbay selepas makan. Sebaik saja habis makan, hujan mula turun. Kami menunggu di bawah jejantas sehingga hujan renyai. Tapi sebaik sahaja kami memulakan perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya.....

Bermulalah kisah tragik 5 insan di atas 3 buah motor. Melawan angin dan hujan batu, serta jalan banjir yang sekali-sekala melimpah membanjiri tempat duduk kami. Titisan hujan yang hinggap di muka begitu menyakitkan, sehingga aku sanggup menadahnya dengan membuka mulut luas2. Aku rela minum hujan tu daripada kesakitan menahan titisan hujan yang hinggap di muka.

Sampai di Queensbay, kelihatan tempat parking motor dilanda banjir. Aku masukkan syiling ke dalam pintu parking, tapi syiling stuck. Aku masukkan lagi, macam tu jugak. Lalu aku pun beredar mencari pintu lain, ku masukkan 50sen yang ada, tiba2 motor aku mati. Aku cuba untuk start, namun tidak boleh jugak. Lalu aku mendapat idea untuk menolak motor aku melalui bonggol2 sebelum masuk tempat parking itu, namun tidak berjaya kerana bonggol itu terlalu curam. Dagu aku terhentak di handle motor akibat usaha keras aku. Hujan masih lagi lebat. Tiba2, palang yang tadinya terbuka setelah kembali tertutup. (tett!! masa tamat!). Aku tidak mempunyai syiling lagi. Lalu aku pun cuba menenangkan diri dan berfikir dalam kehujanan itu.

Aku mengambil keputusan untuk mem"parking" motor aku di luar sahaja.

Aku masuk ke dalam Queensbay Mall berjalan kaki seorang diri. Kawan2 aku entah ke mana. Yang pasti mereka telah berjaya "parking" motor masing2. Tidaklah malang seperti aku ni.. Kasut yang licin dan pakaian yang menitiskan air.Aku tergelincir ketika berjalan di atas tiles shopping mall tu. Berjalan kaki naik ke aras 3. (tidak dapat berfikir di mana kedudukan lif pada waktu itu).

Setibanya di depan GSC, aku mencari2 kelibat kawan2ku. Namun tidak kelihatan. Pada saat itu, aku baru sedar yang aku telah menyuruh kawan aku untuk memegang handphone buruk aku. Aku tidak tahu mahu buat apa. Last2 aku pergi menuntut tiket yang dibeli online. Dan dengan tidak tahu malunya meminjam handphone seorang budak perempuan yang juga sedang menunggu tayangan harry potter. Aku hanya dapat ingat nombor telefon aku sendiri. Lalu aku mendail mengharapkan kawanku yang memegang handphone itu akan menjawab.

Akhirnya, kedengaran suara kawan aku di hujung talian. Rupa2nya mereka berada di tandas dari awal lagi. Cuba mengeringkan pakaian menggunakan hand drier di tandas. Aku menunggu mereka naik ke GSC. Orang2 di sekeliling aku melihat aku dari atas ke bawah. Aku pun dah tidak kisah.

Kawan2 aku akhirnya telah datang. Kami pun masuk ke dalam panggung. Habis kerusi tu kami basahkan dengan pakaian kami. Yang penting, kami enjoy tengok movie tu. Seriously, memang best!!

Kami balik dengan perasaan bingung setelah memikirkan apa yang telah kami lakukan sepanjang malam itu. Sangat bersyukur masih lagi diberikan peluang untuk hidup apabila memikirkan betapa bahayanya menunggang motorsikal dalam hujan lebat..Dengan jalan yang banjir.

-Insaf-

No comments: