Pages

November 22, 2010

Scary!!

Aku tengah asyik di depan laptop, tiba2 aku sedar yang seseorang tgh memerhatikan aku.. Waktu telah melebihi tengah malam. Aku sedar dia sedang melihat, aku dapat dengar dengusan nafasnya. (Dia ada asma kot, xpun COPD)

Tempat aku merempat

Setelah beberapa lama berada di situ, akhirnya dia pun bersuara.. Kami berbual2 sehingga pkul 3 pagi.. (Aku ni jenis yang layan je kalau bab2 bual ni, janji org tu pandai bawak aku bercakap)Akhirnya, aku yang mudah bosan ini pun meminta dia untuk pergi jauh. Sebab aku nak tidur. Dia pun membawa diri entah ke mana,

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku sudah tidak dapat tidur lagi. Lalu aku pun pergi ke tandas, membasuh muka. Selepas itu, membeli roti untuk dibuat sarapan. Aku menaiki lif ke tingkat 5 dan mendaftar masuk menggunakan kiosk yang sedia ada.

Semasa aku sedang menunggu untuk kaunter "drop-off" barang dibuka, dia pun datang. Aku terkejut. KLIA ni besar kot, dia tau pulak aku kat penjuru ni. Dia mula berlagak "concern" dan menolak troli untuk aku..(TidaKKKKK!!!!) Aku tidak boleh terima. Mata orang di sekeliling mula memandang ke arah kami berdua. Aku berasa sangat malu & jiwaku meracau2 untuk lari dari dia... Pastu, dia siap tunggu aku kuar dari tandas dan macam-macam lah..eeeeee.....

Keadaan KLIA waktu awal pagi

Dia berlagak seperti aku ini gf dia... Padahal baru je kenal. Aku berasa tidak selesa dengan gerak gerinya. Lalu aku memberitahunya bahawa aku ingin masuk ke "boarding hall" (2 jam sebelum flight semata-mata ingin lari dari dia). Aku tak bersedia diperlakukan seperti itu, AKu pun tidak pasti sama ada aku ni masih tidak dapat lagi menerima pengganti.....Chewahh...kwkwkkwkw....

Sungguh scary lelaki itu. Sekarang aku berada di boarding hall. Menunggu flight. Berada tenang dengan ketiadaan dia.

2 comments:

AmaniWaldin said...

hahaha... lucu pulak! tp betul2 scary.. knp kau x letak sekali pic dia.. hahaha..

Ikin said...

Scary!!! pastu dia bg no phone lg. smpai twu dia sms tnya sdh smpai ka x..hahaha...