Pages

February 25, 2011

College life

Hari tu, junior aku tegur, dia kata banyak sangat tempat yang aku pergi sem ni.. Aku rasa tidak pun.. Hmmm...status kewangan aku? Alhamdulillah masih stabil lagi.. Aku rasa , aku tidak perlu meminta duit family untuk sem ni..

Yalah...meh lah aku "summarize"kan aktiviti aku untuk semester ini. 

1. Langkawi (3 hari 2 mlm - cuti2 msia)

2. Pantai Kerachut ( 2 hari 1 mlm - camping)

3. Bukit Hijau (Day trip) + BBQ PERSIS

4. Ipoh & Taiping ( 2 hari 1 mlm - bermalam rumah kawan)

5. Akan datang : Titi Hayun @ Sungai Sedim (3hari 2mlm kot..camping) InsyaAllah klu jd

6. Perlis (Ahad ni), lawat Taman Herba. Hahahahahaha...

Hah...Yang atas ni kira big event luar USM. Kat USM plak...Aku join:

1. NPSC- National Pharmacy Sports Carnival (futsal, upih pinang, tuju kasut)
2. CNY Dinner @ Eastin Hotel
3. Inspection Day Green Lung
4. Akan datang - Malam Citrabayu
Bagi aku tak banyak..aku pernah join lagi banyak dari ini.. Sem ni aku tak banyak keluar ke shopping mall. Rasanya baru 2 kali ke Queensbay. Aku baru tengok 1 movie je di panggung sepanjang sem ni.. Tajuknya, Shaolin. BJ pun aku tak masuk lagi sem ni.. Sem ni selain aktiviti di atas, aku cuma pg lepak kat bawah jambatan Pulau Pinang ja dengan kawan2. Kesimpulannya, aktiviti sem ni tak la banyak :-p

I'm enjoying my college life. :-D How about you?

Plan untuk bercuti

Selamat hari Jumaat kepada semua..

22 Feb lepas bermulalah peperangan getir di depan laptop. Tak lain tak bukan, peperangan dalam merebut tiket murah di website Airasia. 22feb-27feb ada sales. For sure, semakin awal beli, semakin banyak tarikh yang available dengan harga tiket yang murah..


21 Feb tu dalam kuliah, kami sudah sibuk merancang destinasi.. Kali ni nak pergi melancong dengan geng Tekun pulak.. Tengah malam tu, semua stay up untuk online cek harga tiket. Tarikh 1st yang di"proposed' tidak ada promosi.. Terpaksa beli tarikh yang lain pulak.. Nasib baik ada jugak yang murah.

Destinasi pilihan kali ini - Kuching. cuti raya qurban nanti. Selepas beberapa hari beraya, kitorang akan terbang ke negeri Sarawak. Kami semua seramai 9 orang. Gempak tak? Ni bukan kali pertama aku akan ke Sarawak. It will be my second time but my first time going to Kuching.

Tiket pergi balik agak murah & bagi aku berbaloi.. Kawan2 lain ada yang beli tiket ke Bandung..Sumanya kurang daripada RM100. To be more precise, KL-Bandung & Bandung- KL cuma RM75 termasuk tax. Kalau nak ikutkan tamak haloba & nafsu berjoli aku ni, aku memang nak join.. Tapi bila difikir2 balik..macam melampau pulak..Berapa banyak tempat yang aku nak pg ni? Aku sendiri pun x tau..Iskkk...Teruknya...

Kawan lain seorang pulak, ajak aku pg Hatyai sem depan. Tapi ni senang sikit lah, sebab naik bas saja. Tak payah risau tiket flight. Hmmm... InsyaAllah jika tiada halangan, akan jadi jugak plan tu. Kawan aku cakap transport+hotel+tour (xtaulah makan masuk ke x), semuanya bawah RM500. Oklah tu kan..

Untuk sedapkan hati....Bila lagi nak jalan2 tempat orang kan? Nanti nak kerja kat Sabah & masa tu mesti dah mula sibuk, nak cuti pun susah.. Hah, sekaranglah masanya menikmati zaman muda ni..hahahaha... ( Konfiden ja posting kat Sabah nanti). Apa2pun aku berdoa yang terbaik saja.:-)

P/S: Kepada kawan2 matrik yang berasal dari Kuching @ study kat sana,Sila suggest tempat2 yang kamu rasa menarik.Hmm.. X maukah jumpa aku nanti?Bawa aku jalan2?Hihihi...10nov-13nov.:-D

February 21, 2011

Layan perasaan

Bapak aku ni bukan seorang yang suka meluahkan apa yang terpendam di hati. Dia selalu diam. Tapi sejak kami semakin dewasa, dia semakin suka membebel dan kadang2 bagiku agak moody..Perubahan hormon kali..

Sudah lebih kurang 2 tahun, kami 4 orang anaknya ni berjauhan pulak dari dia... Semua duk kat semenanjung..Tinggallah bpk & mak saja kat rumah. Telefon & Internet yang jadi penghubung..

Mujurlah bapak aku masih belum pencen lagi. Tidaklah jugak berasa bosan sebab ada kerja yang boleh dibuat. Bapakku akan berumur 49 tahun bulan depan..Mak aku pulak 47 tahun. Sekarang mak bapak aku agak kerap menghabiskan masa di rumah mak cik aku & keluar dengan sepupu2 aku kat Tawau. Ada jugak peneman diorang.

Hari ni, aku baca 1 post fb bapak aku.. Aku terus berasa sedih...Rasa rindu pun ada...


Panjangkanlah umur mak & bapakku ya Allah...Aku doakan kebahagiaan mereka setiap masa.:-)

Tak sabar balik Tawau cuti ni ....

February 15, 2011

Perubahan

Baru mengetahui sesuatu............

Aku mendapat tahun kawan sekelas aku semasa sekolah menengah, akan berkahwin bulan 6 ni..InsyaAllah. Macam tidak percaya. Seorang rakan sekelas semasa sekolah rendah juga telah berkahwin tahun lepas. Baru mendapat tahu tentang ni tadi.

Aku dan rakan2 telah berusia 23 tahun dah. Memang sudah cukup dewasa kalau difikirkan. Tapi aku... masih kurang matang. Masih tidak dapat membayangkan diri sendiri di posisi itu.  Aku masih melukis kartun di atas kertas sewaktu kuliah, menolak2 orang yang duduk di sebelah aku, main pukul2, membuli orang yang duduk di depan aku, berketawa dengan penuh asyik kebanyakan masa, berfikir tentang hal2 remeh, menghabiskan kebanyakan masa di depan laptop, masih tidak pandai mengurus diri: makan minum sehari-hari pun tidak terjaga, kain kotor pun malas nak basuh..........

Mungkin perubahan keadaan yang akan buat seseorang tu matang, kan?

.......................................................................................................................................
Nota utk Noranisah Amat,
Ke mana ko menghilang? What happen to your fb?

February 14, 2011

FB

Hah...sem ni kaedah komunikasi dengan parents bertambah lagi. Selain Yahoo Messenger, call, SMS dan MMS, sekarang aku selalu chat dengan bapa aku tidak lain tidak bukan, melalui Facebook.


Memandangkan aku selalu online FB ni, semakin kerap jugaklah aku chat dengan bapa aku. Kerap sangat sehingga buat aku rindu setiap kali chat dengan dia...Tapi yang bestnya dapat dengar cerita dengan aktiviti hariannya. Cubaan menjeleskan aku dengan makanan2 yang aku suka (selalunya berjaya) dan lain-lain. Kalau melalui telefon, ada batasan sikit kalau berbual, tidaklah open/berbual banyak sangat. Asyik2 dengan soalan tanya khabar &  "dah makan kah belum?". Soalan2 biasa mak bapak kepada anaknya..

Bila berjauh ni, baru rasa rindu dengan parents. Masa cuti hari tu, tak hargai masa yang ada tu..

Tak sabar pula tunggu cuti bulan 5 ni. :-)

February 12, 2011

Mengimbau kenangan lama

Aku baru habis membaca blog post sahabat yang bertajuk, Babi Islam. Sedikit kesedaran timbul.. Aku pernah mengalami perkara yang sama dulu.......

Perkenalan bermula dengan seseorang di matrik. Pertama kali bersapa di kafe tetapi tidak ada apa yang berlaku selepas itu kerana ada barrier yang jelas antara kami berdua. Namun, semuanya bermula selepas aku mengetahui yang dia telah memeluk islam. Ketampanan dia berbaju melayu berwarna hijau pucuk pisang pada pagi Jumaat yang indah menawan hatiku yang lemah pada saat itu. Seorang muallaf yang suci, tidak ternoda dan masih belum mempunyai tembok yang kukuh di sekelilingnya, goyah dengan kehadiran aku

12/2/2008 dia berkata kepadaku..."aku xingin bercouple, tetapi aku ingin mencintaimu". Term2 yang haram pun dihalalkan. Bermulalah kehidupan dua insan berkongsi hidup di Kolej Matrikulasi Labuan. Terus lalai ditambah pula diri yang jauh daripada keluarga. Semua hanya sementara. Habis matrik, semuanya berubah. Masih bertahan selepas 2 tahun selepas itu tapi porak peranda..Long-distance relationship? Pada pendapat aku, ia cuma dpt bertahan kalau scandal setiap pihak tidak terbongkar. Percayalah, ia penuh dengan kecurangan.

Ambik dr fb Eduard

Sedikit kelegaan timbul dalam hati ini selepas berakhirnya hubungan ini, walaupun ia tidak berakhir dengan cara yang baik.:-)
Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan tuhan...

Keinsafan

Baru-baru ni, banyak teman sepermainan masa zaman kanak2 add aku kat facebook. Aku pun tinjau2 photo album diorang, tengok gambar ahli keluarga & kehidupan diorang sekarang. Kawan2 pun sudah besar2, ada yang sudah ada anak pulak tu.

Terkenang zaman kanak2 dulu. Berlari bersama2.Konflik2 zaman kanak2, bertengkar, pastu lapor dengan parents, tak pun dengan adik beradik yang lebih dewasa(bukan aku).  Zaman yang tiada kerisauan.

Setiap kali aku tengok gambar parents kawan2 aku ni, aku rasa sedih.. Bukannya sedih sebab anak diorang jahat dan layan diorang dengan tak baik..Anak2 diorang baik... Aku sedih melihat perubahan usia.. Aku sedih melihat orang yang dahulunya muda & cergas, kini kelihatan tidak bermaya. Kedut2 pada muka...Senyuman tidak lagi semanis dulu..

Mungkin aku terlalu sayangkan dunia sehinggakan benda ni boleh buat aku sedih.. Kenapa manusia perlu menjadi tua? Huhuhu... Betul2 beri aku kesedaran bahawa dunia ni betul2 fana.. Betapa lalainya aku..

Ya Allah, semoga ibubapaku sentiasa sihat dan panjangkanlah umur mereka, ya Allah..