Aku baru habis membaca blog post sahabat yang bertajuk, Babi Islam. Sedikit kesedaran timbul.. Aku pernah mengalami perkara yang sama dulu.......
Perkenalan bermula dengan seseorang di matrik. Pertama kali bersapa di kafe tetapi tidak ada apa yang berlaku selepas itu kerana ada barrier yang jelas antara kami berdua. Namun, semuanya bermula selepas aku mengetahui yang dia telah memeluk islam. Ketampanan dia berbaju melayu berwarna hijau pucuk pisang pada pagi Jumaat yang indah menawan hatiku yang lemah pada saat itu. Seorang muallaf yang suci, tidak ternoda dan masih belum mempunyai tembok yang kukuh di sekelilingnya, goyah dengan kehadiran aku.
12/2/2008 dia berkata kepadaku..."aku xingin bercouple, tetapi aku ingin mencintaimu". Term2 yang haram pun dihalalkan. Bermulalah kehidupan dua insan berkongsi hidup di Kolej Matrikulasi Labuan. Terus lalai ditambah pula diri yang jauh daripada keluarga. Semua hanya sementara. Habis matrik, semuanya berubah. Masih bertahan selepas 2 tahun selepas itu tapi porak peranda..Long-distance relationship? Pada pendapat aku, ia cuma dpt bertahan kalau scandal setiap pihak tidak terbongkar. Percayalah, ia penuh dengan kecurangan.
Ambik dr fb Eduard
Sedikit kelegaan timbul dalam hati ini selepas berakhirnya hubungan ini, walaupun ia tidak berakhir dengan cara yang baik.:-)
Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan tuhan...
1 comment:
abg baju biru gelap juga yg stail..
:D
Post a Comment