Baru-baru ni, banyak teman sepermainan masa zaman kanak2 add aku kat facebook. Aku pun tinjau2 photo album diorang, tengok gambar ahli keluarga & kehidupan diorang sekarang. Kawan2 pun sudah besar2, ada yang sudah ada anak pulak tu.
Terkenang zaman kanak2 dulu. Berlari bersama2.Konflik2 zaman kanak2, bertengkar, pastu lapor dengan parents, tak pun dengan adik beradik yang lebih dewasa(bukan aku). Zaman yang tiada kerisauan.
Setiap kali aku tengok gambar parents kawan2 aku ni, aku rasa sedih.. Bukannya sedih sebab anak diorang jahat dan layan diorang dengan tak baik..Anak2 diorang baik... Aku sedih melihat perubahan usia.. Aku sedih melihat orang yang dahulunya muda & cergas, kini kelihatan tidak bermaya. Kedut2 pada muka...Senyuman tidak lagi semanis dulu..
Mungkin aku terlalu sayangkan dunia sehinggakan benda ni boleh buat aku sedih.. Kenapa manusia perlu menjadi tua? Huhuhu... Betul2 beri aku kesedaran bahawa dunia ni betul2 fana.. Betapa lalainya aku..
Ya Allah, semoga ibubapaku sentiasa sihat dan panjangkanlah umur mereka, ya Allah..
No comments:
Post a Comment