Pages

February 25, 2011

Plan untuk bercuti

Selamat hari Jumaat kepada semua..

22 Feb lepas bermulalah peperangan getir di depan laptop. Tak lain tak bukan, peperangan dalam merebut tiket murah di website Airasia. 22feb-27feb ada sales. For sure, semakin awal beli, semakin banyak tarikh yang available dengan harga tiket yang murah..


21 Feb tu dalam kuliah, kami sudah sibuk merancang destinasi.. Kali ni nak pergi melancong dengan geng Tekun pulak.. Tengah malam tu, semua stay up untuk online cek harga tiket. Tarikh 1st yang di"proposed' tidak ada promosi.. Terpaksa beli tarikh yang lain pulak.. Nasib baik ada jugak yang murah.

Destinasi pilihan kali ini - Kuching. cuti raya qurban nanti. Selepas beberapa hari beraya, kitorang akan terbang ke negeri Sarawak. Kami semua seramai 9 orang. Gempak tak? Ni bukan kali pertama aku akan ke Sarawak. It will be my second time but my first time going to Kuching.

Tiket pergi balik agak murah & bagi aku berbaloi.. Kawan2 lain ada yang beli tiket ke Bandung..Sumanya kurang daripada RM100. To be more precise, KL-Bandung & Bandung- KL cuma RM75 termasuk tax. Kalau nak ikutkan tamak haloba & nafsu berjoli aku ni, aku memang nak join.. Tapi bila difikir2 balik..macam melampau pulak..Berapa banyak tempat yang aku nak pg ni? Aku sendiri pun x tau..Iskkk...Teruknya...

Kawan lain seorang pulak, ajak aku pg Hatyai sem depan. Tapi ni senang sikit lah, sebab naik bas saja. Tak payah risau tiket flight. Hmmm... InsyaAllah jika tiada halangan, akan jadi jugak plan tu. Kawan aku cakap transport+hotel+tour (xtaulah makan masuk ke x), semuanya bawah RM500. Oklah tu kan..

Untuk sedapkan hati....Bila lagi nak jalan2 tempat orang kan? Nanti nak kerja kat Sabah & masa tu mesti dah mula sibuk, nak cuti pun susah.. Hah, sekaranglah masanya menikmati zaman muda ni..hahahaha... ( Konfiden ja posting kat Sabah nanti). Apa2pun aku berdoa yang terbaik saja.:-)

P/S: Kepada kawan2 matrik yang berasal dari Kuching @ study kat sana,Sila suggest tempat2 yang kamu rasa menarik.Hmm.. X maukah jumpa aku nanti?Bawa aku jalan2?Hihihi...10nov-13nov.:-D

No comments: