Pages

February 14, 2011

FB

Hah...sem ni kaedah komunikasi dengan parents bertambah lagi. Selain Yahoo Messenger, call, SMS dan MMS, sekarang aku selalu chat dengan bapa aku tidak lain tidak bukan, melalui Facebook.


Memandangkan aku selalu online FB ni, semakin kerap jugaklah aku chat dengan bapa aku. Kerap sangat sehingga buat aku rindu setiap kali chat dengan dia...Tapi yang bestnya dapat dengar cerita dengan aktiviti hariannya. Cubaan menjeleskan aku dengan makanan2 yang aku suka (selalunya berjaya) dan lain-lain. Kalau melalui telefon, ada batasan sikit kalau berbual, tidaklah open/berbual banyak sangat. Asyik2 dengan soalan tanya khabar &  "dah makan kah belum?". Soalan2 biasa mak bapak kepada anaknya..

Bila berjauh ni, baru rasa rindu dengan parents. Masa cuti hari tu, tak hargai masa yang ada tu..

Tak sabar pula tunggu cuti bulan 5 ni. :-)

No comments: