Pages

July 21, 2010

MLM

Sebentar tadi, saya baru sahaja menjamah Nasi Putih Pecal Ayam yang saya beli dari Solihin Cafe. Ini merupakan menu kegemaran saya di USM selain sup ayam Restoran Gee Tom Yam. Saya sangat lapar kerana baru balik dari mengambil sem gred d Foyer dewan. Dengan rakusnya, saya menjamah makanan tersebut sambil menahan kepedasan sambal yang diberikan bersama hidangan tersebut. Dengan erti kata lain, saya menjamah makanan tersebut sambil menahan hingus kepedasan. 

Tiba-tiba, seorang wanita dalam usia pertengahan menegur saya dan katanya ingin berbual dengan saya.Saya hanya mengangguk dan terus menikmati makanan tadi. Saya masih asyik lagi mengopek2 dada ayam menggunakan tangan kanan yang diselaputi kuah makanan dan dia pun bertanya.." Sudah habis kelas?". Dengan acuh tak acuh saya menjawab,"sudah, kelas cancel". Dia bertanya lagi " kamu final year?" dan aku mula berasa curiga setelah memerhatikan T-shirt yang dipakainya tertera jenama sebuah produk. Saya menjawab lagi "Saya third year, tahun depan baru final year". Saya menjawab semua soalan-soalan yang dia kemukakan dengan senyuman tetapi penuh kecurigaan.

Selepas itu, dia mula bertanya soalan yang saya harapkan daripada dia. " Kamu pernah dengar produk E*M**A?" Saya pun memberitahunya yang saya hanya menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka(dahulu ya..sekarang tidak lagi). Dia pun menjelaskan tentang keseimbangan pH dan menyatakan bahawa produk ini berasal dr UK. Dia menambah lagi bahawa saya tidak perlu menjual produk untuk mendapat keuntungan. Saya hanya perlu menggunakan sendiri produk itu. Dengan kata lain, membeli barangan yang dijual dengan kerap.Saya mula rasa terganggu dan seperti biasa saya akan cuba menghabiskan Nasi Putih Pecal Ayam itu.  Saya hanya diam dan hanya bersuara apabila dia mula bertanyakan soalan tentang latar belakang keluarga saya. Tidak lama selepas saya diam dan dia tidak lagi bertanya soalan, dia akhirnya mengucapkan "thank you" dan membawa diri pergi.

Saya masih belajar dan ini bukan masa untuk saya untuk menumpukan benda-benda sebegini. Kerugian kawan-kawan lain (mungkin ditipu) sehingga mencecah rm2500 membuat saya sendiri "trauma" dan memandang negatif terhadap mereka yang mem"promote" bisnes sebegini. Saya tidak bermaksud semua yang menceburkan diri dalam bisnes ini begitu, namun ada sesetengah orang yang kelihatan sungguh terdesak sehinggakan sanggup mengguris perasaan kawan sendiri. Tali persahabatan pun semakin renggang disebabkan "duit". Ada juga yang bercakap tentang bisnes ini setiap kali kita berjumpa dengannya, sehingga pada suatu tahap orang lain mula menjauhkan diri dan mengumpat tentangnya(bukan saya).

Sesungguhnya, maruah diri itu jauh lebih penting daripada kekayaan.
P/S: Encik Tan,Pensyarah BM saya mesti berasa bangga dengan saya.:-p

2 comments:

shahratul said...

syikin, aku pun penah kena.product yg sama! last2 ak pun wat xlayan jer..hihi

Ikin said...

pelik kn...huhuhu...ade plak kite tgh mkn pn nk ganggu,xsopan