Pages

August 26, 2010

Kedatangan classmates baru

Setelah 2 tahun lebih menjadi pelajar USM, kami dikejutkan pula dengan kehadiran 38 orang pelajar dari Kolej Teknologi Pulau yang menumpang belajar di USM kerana kursus farmasi di kolej mereka ditutup.(dirahkan oleh Pharmacy Board disebabkan masalah dalaman dalam pengajaran dan pembelajaran) Kursus mereka adalah di bawah usahasama USM, oleh itu USM perlu bertanggungjawab terhadap mereka semua. 

Kedatangan pelajar-pelajar baru ini membawa pelbagai reaksi daripada kami semua. Tetapi kami perlu berfikir dari sudut pandangan mereka juga. Mereka juga tidak ingin menumpang dan mengalami suasana yang sesak sebegini. Namun, mereka akur juga kerana ingin mendapat sarjana muda yang diakui. Dahla mereka bayar lebih RM10 000 satu semester untuk pendidikan yang sama dengan kami.huhuhu...(Thanks kerajaan sebab bagi biasiswa & subsidikan yuran pengajian kami)

Reaksi dari pihak saya pula? Saya cuma ingin mengatakan bahawa saya tidak suka berubah tempat duduk. Agak sukar bagi saya untuk mengulangi proses berkenalan dan mengingati rupa/nama seperti ketika di tahun satu dulu. Saya amat susah mengingati rupa orang..Harap2 segalanya berjalan lancar. 

P/S: Saya dah ingat nama & rupa 2 orang - Elyana Yazmin & Ila (bkn nama sebenar).2 orang ini sebab mereka 1 group lab dengan saya.

No comments: