Pages

August 26, 2010

Kenapa

Kenapa saya tulis kebanyakan entry saya dalam bahasa Inggeris? Ketahuilah, bahawa saya berbuat demikian bukanlah kerana ingin show off. Jika anda tengok dari punggunaan kata, grammar, comprehension entry2 saya, anda mungkin menyangka ini adalah tulisan kanak-kanak tadika. Jadi, ini sebenarnya hanya memalukan dan show off itu jauh sekali.

Saya menulis dalam bahasa Inggeris kerana:
1. Semua exam saya dalam bahasa Inggeris dan berbentuk esei. Pernahkah anda melalui saat2 di mana anda terlupa translation english suatu perkataan? dan seterusnya anda pun berfikir dan terus berfikir dan enggan mengalah. Akhirnya, baru anda sedar bahawa anda telah membuang masa untuk mengingati perkataan remeh itu. Di situlah menulis esei inggeris secara berkala membantu anda mengatasi semua ini. Seperti yang lecturer saya selalu kata, bahawa pelajar bijak tapi ketika exam mereka payah untuk "express" apa yang ada dalam kepala otak mereka. Tidak percaya?cubalah..

2. Menulis dalam bahasa inggeris secara berkala memudahkan anda untuk "apply" perkataan2 baru yang anda belajar dalam kuliah. samada perkataan biasa mahupun medical jargon mahupun kata-kata makian yang anda pelajari dari rakan-rakan. Dengan ini, anda lebih mudah memahaminya.

3. Ia juga membuatkan anda tidak salah ketika menggunakan grammar yang mudah ketika bercakap. Contoh ckp, "she have" instead of "she has".

4. Membuatkan anda lebih yakin menggunakan bahasa Inggeris ketika menulis memo kepada mana2 lecturer dan juga membalas pesanan ringkas mana2 orang. heheheheh...

Walaupun post2 saya menggunakan bahasa Inggeris yang kebudak-budakan, namun saya tetap bangga dengannya. :-)

1 comment:

Shakirah- Yang Bersyukur said...

waahhh. luv this
nak try jugak tulis entry dlm bi byk2
tapi rasa mcm tak pandai mcm ko ikin