Pages

August 3, 2010

Pengalaman

Hai semua...blog ni kurang mendapat perhatian daripada saya sendiri selaku tuan punyanya.. Aktiviti seharian buat aku semakin kurang berminat dengan blog ni. Sekarang saya baru sedar yang menghabiskan masa di luar lagi best daripada menggunakan masa tu untuk update bendalah ni..Tapi ini tidak bermakna saya akan berhenti dari menulis blog..

Banyak perkara yang berlaku awal tahun.Termasuklah peristiwa apabila saya tersentak setelah mengetahui hakikat yang saya tidak pernah  sedari selama ini. Namun saya bersyukur kerana semua itu berlaku. Jika tidak, saya pasti masih buta, tidak menghargai orang sekeliling dan lalai dibuai kenikmatan perasaan. Kini, saya melihat kehidupan dari perspektif yang lebih luas, mengambil kira pelbagai sudut dan mempunyai masa senggang yang lebih banyak. Selama ini masa rehat untuk saya telah terisi dengan kegelisahan berfikir tentang sesuatu yang tidak pasti dan kerisauan yang tidak berpenghujung. Akhirnya kegelisahan dan kerisauan ini disudahi dengan ketenangan jiwa dan peristiwa itu telah merubah saya menjadi orang yang sangat mensyukuri segala yang ada di sekeliling.

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah mencuri sedikit masa untuk keluar membeli sesuatu di Queensbay Mall. Terima kasih Nad kerana sanggup menemankan roomate kamu ini. Di Queensbay Mall, saya telah membeli barang yang saya cari2 itu. Ia berharga RM350. Hati ini begitu berat untuk mengeluarkan duit sebanyak itu. Namun disebabkan perasaan sayang kepada adik dan rasa ingin menunaikan janji, saya redha untuk membelanjakan duit ke arah itu. Harap saya agar adik saya menyukai pilihan saya itu. Peristiwa ini pula menyedarkan saya bahawa membeli barang untuk orang lain adalah sangat payah. Kerana, biar berapa lamapun kita cuba memilih, belum tentu mereka akan menyukainya.

Saya baru pulang dar Genting semalam. Overall, trip tu memang best. Cuma permainan yang berputar membuatkan kepala saya pening dan saya terasa sangat loya Mujurlah ia sembuh dengan cepat. Tetapi yang paling teruk, saya akan mula berasa loya apabila mengenang kembali Genting secara keseluruhan. huhuhu.. (Hah, sekarang saya dah loya..)Seperti biasa, travel  bersama geng memang best! Saya menghabiskan masa perjalanan dari Genting ke Penang dengan melayan petikan gitar Mik dan suara sumbang Bahar. Saya juga turut "menyumbangkan" suara sepanjang tengah malam semalam. Daripada trip ini, saya mengetahui suatu fakta tentang diri saya, iaitu..saya akan hilang kawalan terhadap kelenjar air mata saya apabila saya ketakutan/gembira ketika menaiki game Flying Coaster & Cockscrew. Tidak, saya bukan menangis!


Destinasi pilihan lepas ni...Langkawi & Cameron Highland InsyaAllah.. Jalan-jalan melihat dunia luar memberi peluang kepada kita untuk berfikir "di luar" imaginasi yang ada sebelum ini dan membuang takuk lama pemikiran yang menghalang diri daripada terus maju.

Penulisan ini dihasilkan oleh: saya yang masih skema

1 comment:

Cyneez said...

Ikin..huhu jln2 bah dia.. Kin, napa skema btul BM mu tu? haha.. mentang2 blajar BM.. adeii, pa pn enjoy ur day.. :)