Pages

October 28, 2010

Membuat keputusan utk adik

Hmmm...Yaa..seharian aku bingung semalam. Selepas adik aku yang tersayang memaklumkan yang dia dapat temuduga SPA untuk jawatan Juruteknik Komputer FT17. Guna result SPM apply benda tu. (Aku yang tolong applykan sebenarnya).

Adik aku tengah study diploma dalam Comp Science @ UTM KL. Dia dalam 2nd year. Pastu, aku pun bingung lah, nak suruh dia pergi temuduga tu ke x.. Pergi kalau tak dapat pun jawatan tu, at least dapat experience. Kalau dapat? Takkan nak tinggal study setengah jalan kot. Ada ke orang yang pergi interview berharap tak dapat & simply nak experience? Tak logik pulak kan..

Hmmm... Jadi aku pun call lah 1 family aku.. Hah.. macam2 pendapat dan komen yang aku dapat. Tapi yang paling penting antara semua tu, komen mak aku lah.. Mak aku pun cakap, adikku tak cukup matang untuk suma tu lagi (maklumlah anak bongsu) & dia tak sanggup pulak tengok adik aku kerja untuk tahap tu saja.. Mak cakap, tunggulah habis study dulu..& mudah2an dapat kerja yang lagi up dari yang tu. Semua parents nak yang terbaik untuk anak2nya kan.

Sebelum call mak tu, banyak pendapat lain yang aku dengar. Akhirnya aku fikir2, apa yang mak aku kata pun betul jugak..

My adik & his gf (Saja letak gmbr kontroversi sket.wakakaka)

Yalah, memanglah orang kata rezeki jgn ditolak & peluang kerja sekarang agak susah. Tapi takkan lah nak give up macam tu saja. Biar berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir. Berusaha untuk dapat yang terbaik dulu.. Kalau tak dapat tu lain cerita.. Kan2?

Susah jugak buat keputusan untuk orang lain ni.. Yang paling penting, aku perlu fikir dari point of view adik aku jugak, bukan hanya sesedap rasa aku suruh dia itu ini... Kalau aku dapat jawatan tu, adakah aku akan berpuas hati dan gembira? Lu pikirlah sendiri..

Sayang adik aku.. Walaupun orangnya sederhana, tapi aku nak yang terbaik untuk dia. Biarlah dia study dulu..huhuhu...

No comments: