Agak terkejut melihat gambar di atas dalam FB. Hurmmm... Di atas ialah sepupu saya dan seperti yang anda lihat, kakinya disimen menunjukkan kepatahan. Dia juga membawa motor seperti abang saya dan tengok apa yang jadi. Abang saya juga pernah kemalangan 2 kali. Kemalangan yang pertama hanya melibatkan kecederaan ringan & kemalangan kedua pula mematahkan kaki kanannya dengan agak teruk (hampir lagi dicucuk besi).Sangat mengerikan.
Patah kaki bukannya semudah yang kita sangka. Kita hanya imagine yang kaki dibalut, tidak lama kemudian sembuh dan boleh berjalan. Sebenarnya proses untuk sembuh itu boleh memakan masa sehingga bertahun. Seperti keadaan abang saya dulu. Saya sangat sedih tapi tak mampu untuk buat apa2. Selepas setengah tahun berbalut & simen itu dibuka, dia masih tidak mampu berjalan dengan normal. Untuk dia benar-benar boleh berjalan dengan memakan masa lebih setahun. Sehingga sekarang, kakinya yang patah itu kadang-kala masih terasa sakit terutamanya jika terhentak di kawasan tulang yang pernah patah tu.
Saya juga membawa motor. Semoga dapat mengelak daripada perkara sebegini daripada berlaku. Ya Allah, lindungilah aku..
P/S: pas ni serik dah nak bawak motor laju2..

No comments:
Post a Comment