Huh...hari ni rasa cergas sket. Tapi mindaku terbeban dengan 1 perkara..
Pagi tadi aku telah menghabiskan duit yang tinggal untuk membeli tiket balik untuk cuti semester kali ini. Kesemuanya berjumlah RM645. 4 penerbangan pergi balik ke daerah tercinta, Tawau, Sabah. Ini merupakan yang paling murah yang available pada masa ni. Tiada lagi yang murah melainkan jika mahu mendayung sampan untuk pulang ke Borneo.
Aku masih lagi teringat sewaktu aku mengambil keputusan untuk belajar di USM, abangku memberitahu aku bahawa aku perlu menaiki 2 flights untuk sampai ke Penang. Kedudukan USM yang jauh dari ibu negara akan menberi beban dari segi tambang. Disebabkan faktor ini juga, ramai pelajar sabah lebih gemar memilih universiti di sekitar Kuala Lumpur. Sekarang aku amat merasakannya.. Tapi aku tetap tidak menyesal untuk belajar di sini.
Aku cuba membayangkan situasi diriku sekiranya aku balik raya di kampung, tidakkah lebih banyak wang perlu dibelanjakan? Malah tambang itu pasti hampir sama dengan tambang tiket untuk cuti sem ini. Sedangkan JPA hanya memperuntukkan sebanyak RM500 satu semester untuk tujuan ini. Fahamilah mengapa aku tidak mengambil keputusan untuk pulang raya. Sudah tiga tahun aku beraya di perantauan. Huhuhu..
Airasia& MAS, tolongla dengar luahan hatiku ini. Janganlah naikkan harga tiket lagi.huhuhu...
1 comment:
hehehe.. harap2 MAS n AIRASIA dngar luahan hati kau kin..
Post a Comment