Minggu ni banyak sangat aktiviti luar yang saya join. Sampai sekarang masih sakit otot, tulang & mcm2 lagi lah yang sakit.
Aktiviti yang paling best minggu ni mestilah aktiviti ke Pulau Jerejak..Hmm...Sebenarnya, saya pun tak sangka Pulau Jerejak boleh jadi tempat rekreasi yang syok. Dulu, seseorang cakap pulau tu ada total isolation prison & hospital tempat isolate orang yang ada penyakit berjangkit mcm kusta. Tapi sekarang dah jadi destinasi pelancongan.
Aktiviti ni dirancang pada awal minggu dan akhirnya ditetapkan pada hari Khamis, memandangkan tiada kuliah pada hari tu. Dengan beria janji berkumpul pukul 7.30pagi di pondok bas. Last2, pukul 8.30lebih baru gerak dari pondok bas tu. Kami naik bas USM ke pintu Sungai Dua. Dari situ, tunggu bas untuk pergi ke Jeti Pulau Jerejak. Tunggu bas lebih 1 jam, tapi bas U307 yang ditunggu-tunggu tidak muncul jugak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk tanya setiap bas yang lalu. Jeng3..Rupa-rupanya, hampir semua bas yang lalu pondok bas tu, lalu dekat dengan jeti tu. Cuma kena jalan kaki sikitlah dari tempat turun tu.. Hmmm.. 1 jam terbuang begitu saja....
Pemandu bas tu pun dengan baik hatinya menurunkan kami di round-about dekat Gold coast (bukan Aus ok), pastu tunjukkan jalan untuk ke jeti tu. Alhamdulillah, sampai la jugak ke jeti yang dicari-cari. Ambil masa bincang2 & tengok2 aktiviti berpakej yang ditawarkan. Pastu tunggu ferry ke Jerejak yang bertolak pada pukul 11.30pagi. Sementara menunggu feri, kami pun belajar menganyam ketupat di tepi laut..
Tengah menganyam
Ketupat yang dah siap
Menuju ke feri
Ketupat yang dah siap
Menuju ke feri
Sesampainya di Pulau Jerejak, kami terus menuju ke restoran untuk menikmati makanan buffet. Sangat mengejutkan! Makanan yang disediakan ala2 buffet di hotel. Sedap dan banyak pilihan. Macam tak percaya bayar RM50 inclusive buffet lunch, ferry rides and byk lagi activities yang best.
Lepas makan dan solat, kami buat aktiviti yang pertama- jungle trekking! Sangat memenatkan. Panjat bukit yang curam tapi yang bestnya dapat tengok kawasan bersejarah.
Di hujung aktiviti ni, kami lalu jambatan gantung tinggi Lepas tu, kami ber"flying-fox" pulak.. Lalu atas empangan. Rasa best jugak dapat "terbang" sekali sekala kan..:-)
Habis aktiviti flying-fox, kami pun terus ber"wall-climbing". lenguh tangan & kaki. Tapi yang tak bestnya, aku tak dapat sampai ke atas tu..huhuhu...
Lepas tu pulak, memanah! haha.. 1 saja yang mengenai board. Tu pun terketar-ketar.
Aktiviti terakhir kami di sana, berbasikal di tepi laut dan kawasan sekitar pulau.
Lepas solat Asar, kami pun berlari ke jeti untuk menaiki feri pukul 6.00pm. (kalau lambat terpaksa naik yang pukul 7.30mlm)
Kami tak terus pulang lepas tu. Singgah Queensbay Mall dengan alasan takut tak sempat solat Maghrib, padahal sempat lagi merayau2 & beli J.co donuts.
Overall, memang sangat best. Masa yang dihabiskan? Hmmmm...13 jam. Kira start keluar dari bilik sampai balik ke bilik semula. Sesiapa yang tak pernah pergi lagi, saya cadangkan untuk anda pergi ke sana. Memang sangat best dan berbaloi.

5 comments:
wah bestnya.. nanti kalo aku gi penang, ko mesti bawa aku jalan2 ya..
Boleh ba kalau ko geng.. byk jugak tmpt bes d cni.
boleh tau cost yg awk keluarkn total berape? ade pakej ye? kalau say tak plan then tetibe pegi boleh?
Ha'ah..Ada pakej. dulu last saya pg RM60 masuk tambang feri pergi balik, lunch & beberapa akiviti (abseiling, wall climbing+hiking...) Pastu bole guna swimming pool k sana lg.
17/6 ni gi sane 2 mlm.cam best je
Post a Comment