Pages

December 29, 2010

Betapa beremosinya aku

Kisahnya bertempat di dewan futsal stadium Tawau, lebih kurang jam 9 malam. Kawan-kawan sekolah menengah aku mengajak aku untuk bermain futsal. Kira aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim la katakan. Aku sangat berat hati untuk pergi sebenarnya. Sehinggakan aktiviti tu start pukul 8 tapi aku mula bersiap pukul 7.30. Tu masih lagi berfikir mahu pergi atau tidak. Tapi disebabkan aku telah menjawab "ya" dengan kawan aku, aku pun pergi ke stadiumku bersama adik tersayang.

Sampai di sana kawan2 memakai baju merah dan hitam. Aku sedar yang aku tidak diberitahu tentang itu. Kebetulan pula aku memakai T-shirt merah dan adikku berbaju hitam. Kami pun joinlah team yang berlainan.


Di tengah-tengah permainan tu, aku mendapat bola, disebabkan keBANGKUan kaki aku, bola tu melantun dari kaki aku ke kaki adik aku. Adik aku yang suka bermain ganas ni pulak, merembat bola itu dan.....hinggaplah bola tersebut ke mata kanan aku. Habis penyek mata aku dengan spec aku sekali.. SaaakkkKKiiTTT!!! Nasib baik aku tak nangis di situ jugak..Spec aku bengkok tapi dapat jugak aku betulkan.

Rosak mood aku. Habis adik aku jadi mangsa marah aku. Kasihan jugak dia. Bukannya dia bersalah pun. Dalam mood yang begitu, kawan-kawan ajak singgah lepak di kedai makan lepas game. Aku mahu pergi. Tapi adik mahu balik rumah dahulu untuk menukar kasut. Pastu aku pun menyalahkan dia lambat & akhirnya aku tak jadi pergi. Dia pun pujuk2 aku untuk pergi, tapi sebab keegoan aku yang tinggi, aku tak mahu pergi  &  buat dia rasa lagi bersalah..
 
Hahahaha...beginilah hubungan adik-beradik kan.. Kadang-kadang bergaduh tapi sebenarnya aku sayang dia. Saja jak tu test2 dia.Wakakakka...

December 28, 2010

Balik ke USM

Ya..skrg aku dah di USM. Hurmmm.2-3 hari ni memang amat membosankan. Kawan2 belum balik lagi, plus aku masih cuba membiasakan diri semula dengan hidup sorang2 tanpa keluarga ni.Awal aritu aku bangun dari tidur menyangkakan yang aku masih berada di rumah. Bila aku buka mata baru sedar aku sekarang di USM, duduk di bilik sendiri, roomate aku belum balik lagi.

Aku naik flight dari Tawau ke Kuala Lumpur pada hari sabtu, malam pukul 10.30. Flight terakhir ke Tawau untuk hari tu. Flight aku dari Kuala Lumpur ke Penang pula pada keesokan harinya, pada pukul 6.55pagi. Aku kena bermalam di airport la jawabnya..Yalah, tiket murah sikit kalau ambik flight yang ni.

Aku masuk ke balai berlepas di airport Tawau awal. Aku beria-ia untuk masuk sebab risau kalau2 orang dah naik pesawat. Padahal family aku masih ada di situ menemankan aku. Aku peluk setiap ahli keluargaku, melalui kaunter imigresen pastu duduk menunggu di balai berlepas. Tiba-tiba, seorang budak perempuan datang duduk betul-betul di sebelah aku. Aku pun terasa sangat pelik sebab banyak sangat kerusi kosong di situ, perlukah dia menyempit di sebelah aku?? Dia menyapa aku....

Rupanya dia first time naik flight & pergi ke semenanjung. Prosedur naik pesawat pun dia tidak tahu. Dia pun memberitahu aku yang dia telah tertipu oleh seorang makcik yang memberitahu flightnya telah berlepas. Apa punya makcik daa..menakutkan orang jak. Kami pun berbual2 dan naik pesawat bersama-sama. Tapi tempat duduk kami di atas pesawat berlainan. Jadi dia memintaku untuk menunggunya apabila aku turun dari pesawat di KL nnt.

Sampai d KL, aku tidak menunggunya di tangga pesawat tu. Kami berjumpa di tempat ambil bagasi. Oh ya, dia juga terpaksa bermalam di airport untuk malam tu sebab abangnya hanya dapat jemput dia esoknya sebab isterinya baru selesai bersalin. Kami memulakan slumber party di airport dengan makan bekalan yang dibawa dari Tawau. Pastu, dia paksa aku makan buras yang dia bawa. Sedap gak. 

 Nuriah

Tidur di airport memang tidak lena. Aku hanya dapat tahan tidur-tidur ayam dalam hanya sejam sebelum seseorang terlanggar troliku yang kemudiannya membangunkan ku dari tidur. Kuang hasam punye orang. Tak boleh tgk org senang sket. Best gak la ada teman gak untuk bermalam di airport. Tak la rasa seram sangat. Walaupun dia 2 tahun lagi muda dari aku..

Sebelum berpisah, aku tangkap gambar dia & bersalam. Mungkin lepas ni tidak jumpa lagi. Mungkin jugak jumpa lagi. Sapa tahu kan. Jodoh pertemuan di tangan tuhan..:-)

December 15, 2010

Apa yang aku buat masa cuti

Hah..Akhirnya aku dapat fokuskan diri untuk duduk depan laptop ini , dengan niat untuk meng"update" blog.

Hari-hari cuti dengan adik beradik memang best. Lebih2 lagi bila abang aku turut mengambil cuti dan balik ke Tawau. Yang bestnya sebab dia suka bawa jalan2 & belanja kitorang macam2..
Sepanjang aku tak update blog ni, macam2 aktiviti yang aku buat, antaranya......

-BERMANDI LUMPUR

Mak aku pergi ke Kunak untuk menonton perlawanan bola tampar. Lepas game tu, diorang pun berkunjung ke....errr...tak tahu lah di mana. Yang pasti dekat dengan Tingkayu. Jauh...masuk dalam hutan..hah...

Diorang pergi ke kawasan lumpur lava gunung berapi tu. Dapat imagine tak lumpur yang tengah menggelegak?hah..diorang pergi ke tempat tu. Mak aku pun "tapau" la lumpur tu untuk diguna di rumah memandangkan kebaikannya yang banyak..melicinkan kulit and so on..Makcik2 lain pun turut menapau sama.

Kami apa lagi..pakai lumpur tu ala2 bedak sejuk..

Penuh dengan lumpur pun masih mau sms


-MEMBANTU ADIK MEMAKAI CONTACT LENS

Adik perlu pakai contact lens sebab....errr...ada lah sebabnya..jadi kakak aku pun ajar dia pakai. Memang payah jugak. Sebab adik aku ni asyik2 nak kedip mata.. bulu mata dia tu mengganggu betul..Akhirnya berjaya jugak walaupun hampir satu jam mencuba..

Tu pun asyik2 mengadu pedih..manja betul..tu ar..sapa suruh rabun.. (cakap orang dia sendiri.hihihi)




Tu saja setakat ni.. ada lagi tapi tak ada gambar. Nak cerita pun tak ada feel. Nanti2 lagi cari inspirasi, apa yang mau ditulis lagi.hehehehe...

Daaaaaa.....

P/S- Terasa kekok menulis blog selepas lama tak tulis.Lama ka?

December 5, 2010

Kamera

Bermulalah kisah seseorang yang gatal tangan, dia membuka laci di mana sebuah kamera rosak telah bertapak lebih sebulan. Kamera itu ditelitinya, digosok2, ditolak2, ditarik2 dan macam2 lagilah..

Kemudian orang itupun mengambil keputusan untuk mengambil risiko menarik lensa kamera yang telah termasuk itu. Dengan sedaya upaya dan penuh keganasan aksi menarik itu dilakukannya..

Tiba2...sesuatu ajaib telah berlaku. Lensa kamera itu tiba2 masuk semula ke dalam kamera itu! Setting untuk time & date telah muncul di skrin kamera, seolah2 merayu untuk ditetapkan.

Setelah selesai, skrin tersebut telah memaparkan apa yang sepatutnya!! Aku dapat menangkap gambar lagi dengan kamera ini!! Yess!!

Kamera aku dah baik daaaa....

Walaupun dah buruk..Sangat incredible.

Orang kedai kata kene ganti lens. Aku guna tangan betulkan pun dah boleh baik. Weeee~~~

KK trip

I'm just back from KK to attend my second cousin wedding. Nahhh.... not really. I just want to accompany my mom plus having a bit of fun outside my town.

It is quite some time since the last time I've traveled there by BUS! Yes, it is a 9-hour-ride. The last time I rode a bus to KK is when my bro finished his police training. So, it has been over a year.

The groom is my second cousin. He is a police inspector

The couple is lovely!! Like Malay proverb, "seperti pinang dibelah dua". It is just entertaining to see how lovely they were on the pelamin, chatting and laughing.. Just the two of them there. Just like in a two-person-paradise, ignoring people around them.(wahahaha...exaggerating description, sorry!)

Nothing much.. I have been introduced with many of my aunties, uncles, cousins and etc.. I'm not sure whether I can remember all their faces and their names! I'm not the kind of person who can blend well with people I just knew, except they approach/talk to me first! As a conclusion, I don't socialize that well there.I just followed my mom everywhere, walked behind her.

I think a gained weight within these three days trip! I ate a lot. Like always, during kerja kahwin, foods are everywhere. All the makciks and pakciks will keep on asking you to eat that and these. The last thing you know that you feel a bit tight when wearing your jeans!

It's interesting to see cute babies and children running around. Having fun in the middle of the kerja kahwin chaos. ehh.. No, babies don't run. They just cry and eat. When they cry, their mom stuff their mouth with food and drink. Then, they will stop crying. But still, they are cute. Hehe..

My second cousin

Cousin..

Daaa...Darkness. Mind my dark face.:-p

November 28, 2010

Holiday update

Holiday has started. Being with my family definitely makes me happy.

Days ago, I open up the fridge and I found out that there are too much medications stored inside..I end up checking through them and throw away expired medication. Most of them are antibiotics and also some turbuhalers that my dad never used.


I know that putting medications inside the fridge is not the correct way of storing it as it will affect the stability of the medication. Thus, this can affect the bioavailability and subsequently changing the potency of the medicine. But I can't just reorganize all the stuffs in the house. I'll need to talk to my mom first.

My mom has hypertension, but she is now recovering. I have learned about my parents' diseases and also the medications they are taking. I look through their medicine, hoping that I will remember each of their mechanism of action. But I forgot the M.O.A of enalapril. Huh?! Thinking about revising all these medication during the holiday. Learning all these are essential when I work later in the future. It's not just for the sake of exams! (reminding myself)

My mom bought me a new ear ring. It's gold. But it's just small so it don't really cost that much. Just RM85. The one that I wore since I was in standard 5 is missing. My mom just can't accept if me and my sis don't have piercing on our ears. It kind of a must. She thinks that all women should have it. Eventhough I wear my tudung all the time when I'm going out. Huh?!

Due to the fact that I have contact dermatitis (towards metal), I can only wear golds, silvers and etc.. Yeah.. I'm sure have a real fussy skin!

Haha...For now, that's all. My bro will be home this Wednesday. I just can't wait. Finally, I will have a partner in crime for this holiday. Hehehehe...But for now, I just play with my cat.Uhukk!!


November 22, 2010

Berjiwa muda.

Exam terakhir untuk sem 1 adalah pada 19 Nov 2010 yang lepas. Aku pun "terancang" sesuatu, iaitu mengajak kawan2 untuk tengok filem baru harry potter malam hari tu jugak. Dengan lebih tepat lagi pada tengah malam. Tiket kubeli dengan cara online. Kami pergi berlima.

Kami makan di khaleel pada pukul 9.30pm dan merancang untuk terus ke Queensbay selepas makan. Sebaik saja habis makan, hujan mula turun. Kami menunggu di bawah jejantas sehingga hujan renyai. Tapi sebaik sahaja kami memulakan perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya.....

Bermulalah kisah tragik 5 insan di atas 3 buah motor. Melawan angin dan hujan batu, serta jalan banjir yang sekali-sekala melimpah membanjiri tempat duduk kami. Titisan hujan yang hinggap di muka begitu menyakitkan, sehingga aku sanggup menadahnya dengan membuka mulut luas2. Aku rela minum hujan tu daripada kesakitan menahan titisan hujan yang hinggap di muka.

Sampai di Queensbay, kelihatan tempat parking motor dilanda banjir. Aku masukkan syiling ke dalam pintu parking, tapi syiling stuck. Aku masukkan lagi, macam tu jugak. Lalu aku pun beredar mencari pintu lain, ku masukkan 50sen yang ada, tiba2 motor aku mati. Aku cuba untuk start, namun tidak boleh jugak. Lalu aku mendapat idea untuk menolak motor aku melalui bonggol2 sebelum masuk tempat parking itu, namun tidak berjaya kerana bonggol itu terlalu curam. Dagu aku terhentak di handle motor akibat usaha keras aku. Hujan masih lagi lebat. Tiba2, palang yang tadinya terbuka setelah kembali tertutup. (tett!! masa tamat!). Aku tidak mempunyai syiling lagi. Lalu aku pun cuba menenangkan diri dan berfikir dalam kehujanan itu.

Aku mengambil keputusan untuk mem"parking" motor aku di luar sahaja.

Aku masuk ke dalam Queensbay Mall berjalan kaki seorang diri. Kawan2 aku entah ke mana. Yang pasti mereka telah berjaya "parking" motor masing2. Tidaklah malang seperti aku ni.. Kasut yang licin dan pakaian yang menitiskan air.Aku tergelincir ketika berjalan di atas tiles shopping mall tu. Berjalan kaki naik ke aras 3. (tidak dapat berfikir di mana kedudukan lif pada waktu itu).

Setibanya di depan GSC, aku mencari2 kelibat kawan2ku. Namun tidak kelihatan. Pada saat itu, aku baru sedar yang aku telah menyuruh kawan aku untuk memegang handphone buruk aku. Aku tidak tahu mahu buat apa. Last2 aku pergi menuntut tiket yang dibeli online. Dan dengan tidak tahu malunya meminjam handphone seorang budak perempuan yang juga sedang menunggu tayangan harry potter. Aku hanya dapat ingat nombor telefon aku sendiri. Lalu aku mendail mengharapkan kawanku yang memegang handphone itu akan menjawab.

Akhirnya, kedengaran suara kawan aku di hujung talian. Rupa2nya mereka berada di tandas dari awal lagi. Cuba mengeringkan pakaian menggunakan hand drier di tandas. Aku menunggu mereka naik ke GSC. Orang2 di sekeliling aku melihat aku dari atas ke bawah. Aku pun dah tidak kisah.

Kawan2 aku akhirnya telah datang. Kami pun masuk ke dalam panggung. Habis kerusi tu kami basahkan dengan pakaian kami. Yang penting, kami enjoy tengok movie tu. Seriously, memang best!!

Kami balik dengan perasaan bingung setelah memikirkan apa yang telah kami lakukan sepanjang malam itu. Sangat bersyukur masih lagi diberikan peluang untuk hidup apabila memikirkan betapa bahayanya menunggang motorsikal dalam hujan lebat..Dengan jalan yang banjir.

-Insaf-

Scary!!

Aku tengah asyik di depan laptop, tiba2 aku sedar yang seseorang tgh memerhatikan aku.. Waktu telah melebihi tengah malam. Aku sedar dia sedang melihat, aku dapat dengar dengusan nafasnya. (Dia ada asma kot, xpun COPD)

Tempat aku merempat

Setelah beberapa lama berada di situ, akhirnya dia pun bersuara.. Kami berbual2 sehingga pkul 3 pagi.. (Aku ni jenis yang layan je kalau bab2 bual ni, janji org tu pandai bawak aku bercakap)Akhirnya, aku yang mudah bosan ini pun meminta dia untuk pergi jauh. Sebab aku nak tidur. Dia pun membawa diri entah ke mana,

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku sudah tidak dapat tidur lagi. Lalu aku pun pergi ke tandas, membasuh muka. Selepas itu, membeli roti untuk dibuat sarapan. Aku menaiki lif ke tingkat 5 dan mendaftar masuk menggunakan kiosk yang sedia ada.

Semasa aku sedang menunggu untuk kaunter "drop-off" barang dibuka, dia pun datang. Aku terkejut. KLIA ni besar kot, dia tau pulak aku kat penjuru ni. Dia mula berlagak "concern" dan menolak troli untuk aku..(TidaKKKKK!!!!) Aku tidak boleh terima. Mata orang di sekeliling mula memandang ke arah kami berdua. Aku berasa sangat malu & jiwaku meracau2 untuk lari dari dia... Pastu, dia siap tunggu aku kuar dari tandas dan macam-macam lah..eeeeee.....

Keadaan KLIA waktu awal pagi

Dia berlagak seperti aku ini gf dia... Padahal baru je kenal. Aku berasa tidak selesa dengan gerak gerinya. Lalu aku memberitahunya bahawa aku ingin masuk ke "boarding hall" (2 jam sebelum flight semata-mata ingin lari dari dia). Aku tak bersedia diperlakukan seperti itu, AKu pun tidak pasti sama ada aku ni masih tidak dapat lagi menerima pengganti.....Chewahh...kwkwkkwkw....

Sungguh scary lelaki itu. Sekarang aku berada di boarding hall. Menunggu flight. Berada tenang dengan ketiadaan dia.

November 19, 2010

Exam is over!!

Yeay! Examination for Semester 1,academic session of 2010/2011 is officially over !! Yuhuuu....

Overall, it's just so-so.. I think I did better for the last semester exams.

I'm praying that everything will be okay..

Tawau, here I come!

November 15, 2010

Sincerity

For me, doing good things to others are easy! But, doing it with sincerity is the hardest part of all. Sometimes, we "unintentionally" do good deeds because we can't say "no" when people asked for our helps. Although, at the back of our mind, we are just thinking other stuff such as counting the time as time passed by or even, how we wish we are spending time in our room.

Most of the time, we do good deeds to others just to repay their kindness. For those whom we have "bad history" with, tends to be out of our "helping list". We easily say no to this group of people. Yeah! Who want to help those who do not even care of doing what he should during our hard time? Definitely a no, no!

The one that we are closer with will be our top priority than someone that we just knew for seconds.(nah...months). Or even, someone we liked more than others will be our target to help.

Another example is, we help others, thinking that we will be benefited from it in the future. I think this is the worst of all. The benefits are not just in the form of material, but it can be also in the intangible form such as to be more acceptable by others, to have more friends or even to be treated more respectfully by others in the future. If we have the thinking of this at the back of our head. Watch out! We are actually in danger! That's why, I don't like to talk with someone that I respect, because I don't want to be nice to him just so that he will pay more attention to me! But also, I can't talk to him without respect. I'm not that kind of hypocrite!

All of the second thoughts of helping people will alter our real intention!! As a rsult, some of our good deeds won't even be rewarded with pahala. Can you believe that??!!

Mind control is a crucial things in life. I'm trying to control mine!

As a self reminder : Sometimes, we put money inside a donation box because we are ashamed to see all people around us are donating and we don't want to be the only one that did not. Don't bother doing it if you can't keep your intention straight!

Sedih

Esok ada exam 4 unit.. Tapi aku mau share something ni..

Petang tadi kawan seorang ada bagitahu sesuatu. Amat menyedihkan. Pastu dia kata, dia terjangkit dah dengan aku..

Apalagi, jadi mangsa kecurangan lelaki lah.. Dia pun terima nasib yang sama jugak. Aku pun terdiam, berfikir... Walaupun dia ketawa seumpama bergurau, tapi aku tahu dia sedih.

Lalu aku pun berkira-kira, sudah berapa ramai kawan yang break-up sejak masuk USM ni (BF bukan di USM). Sangat BANYAK. Adehh...hubungan jarak jauh memang takkan jadi punya.. Kalau ada yang jadi pun, sebab ada kecurangan yang tidak terbongkar. Lambat-laun bila dah terbongkar, habis porak peranda keluarga. Ehh,, hubungan.

"Sometimes, something is better left unsaid"
, mau apply proverb ni pun tak boleh, nanti dikata tak jujur pulak.

Couple bukannya hubungan sah. Tidak boleh kata kita memiliki lelaki tu. Hatinya lelaki tu pun belum tentu 50% kita miliki. Kalau kahwin pun, bukan milik kita sepenuhnya. Kan dia ada keluarga lagi & dia selama-lamanya tetap hamba Allah, milik Allah.

Berperasaan ni sesuatu yang payah. Akibatnya sangat bahaya. Lebih baik stay neutral untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaan ni..

Aku dah give-up. Cuci mata tengok orang handsome lagi best! Commitment is not necessary by just WATCHING!

November 9, 2010

Primary School

My primary school mathematics teacher used to say to us that 80% of us will have hesitation to say hi when we meet her in the future. She said that it is because of the doubt that she may not recognize us.

When I heard that, I said I'm not in that statistic. I was convinced that my teacher will remember me because I'm UNIQUE and I always score in her subject.

Finally, the moment came by... I met her in a supermarket at the junk food and biscuits section. I just stand there. I watched her closely.. I want to say hi but the doubt came to me.. Will she remember who I am? I'm now wearing hijab, totally grown up, no longer wearing the weird spectacles. I'm even think that I'm now taller than she is. Will she remembers me?

Then, she went by.. I'm still there doing nothing, only my mind that keep on thinking about the appropriate things to do. But nothing was done. I reminisced the years when she taught me mathematics and her tears when we graduated from primary school.

I should not have did that to her. Even if she forgets, I should have shown my respect to her.

November 6, 2010

Pepsi

I just drank 1 glass of pepsi in KFC sungai dua three hours ago..Then, I took a table of penadol actifast just an hour ago. I keep on imaging the video I've saw years ago, in which the combination of paracetamol and diet coke exploded when they are in contact with each other. Just wondering will they explode in my stomach?

Luckily my roomate told me that nothing will happen (by sms) as herself has tried it once. At least I got hours of gap before taking the tablet. But my roomate took both of them directly.

As a conclusion, nothing will happen. Hahaha

3 days to final exam. Definitely most of you will understand why this blog is SO OUTDATED these few days.Hmm.. Maybe weeks..

October 28, 2010

Tawau

Dalam post ini, saya akan menunjukkan tempat asal saya, iaitu Tawau, Sabah.

Tawau terletak di pantai timur sabah. Tengoklah di bawah sebelah kanan tu. Jarak Tawau dari Kota Kinabalu ialah 9 jam dengan menaiki bas tapi hanya 50minit menaiki pesawat. Bandar Tawau merupakan bandar ke3 terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Sebahagian pusat bandar


Tengok2 je la


Bandar Sri Indah (Bdr ke-2)

Masjid Besar

Pasar yang pelik (jam tu kdg2 xbetul)



Eastern plaza

Library ala2 berada di angkasa (tgk tgkap tu)

Stadium

Hospital besar.Ni bangunan baru. Bangunan tmpt aku dilahirkan kt kiri sekali yang ada lining oren tu (sebelah rumah aku)

Tekalah rumah aku kat mana

Kondo (bkn sebelah kanan, bwh tu ye)

Finally, Airport yg aku rindui..huhuhu

Akan datang
Tawau Times Square??

Dan....banyak lagi..Semuanya di Tawau.hehehe..

Melayan perasaan homesick tgh2 malam ni..

Membuat keputusan utk adik

Hmmm...Yaa..seharian aku bingung semalam. Selepas adik aku yang tersayang memaklumkan yang dia dapat temuduga SPA untuk jawatan Juruteknik Komputer FT17. Guna result SPM apply benda tu. (Aku yang tolong applykan sebenarnya).

Adik aku tengah study diploma dalam Comp Science @ UTM KL. Dia dalam 2nd year. Pastu, aku pun bingung lah, nak suruh dia pergi temuduga tu ke x.. Pergi kalau tak dapat pun jawatan tu, at least dapat experience. Kalau dapat? Takkan nak tinggal study setengah jalan kot. Ada ke orang yang pergi interview berharap tak dapat & simply nak experience? Tak logik pulak kan..

Hmmm... Jadi aku pun call lah 1 family aku.. Hah.. macam2 pendapat dan komen yang aku dapat. Tapi yang paling penting antara semua tu, komen mak aku lah.. Mak aku pun cakap, adikku tak cukup matang untuk suma tu lagi (maklumlah anak bongsu) & dia tak sanggup pulak tengok adik aku kerja untuk tahap tu saja.. Mak cakap, tunggulah habis study dulu..& mudah2an dapat kerja yang lagi up dari yang tu. Semua parents nak yang terbaik untuk anak2nya kan.

Sebelum call mak tu, banyak pendapat lain yang aku dengar. Akhirnya aku fikir2, apa yang mak aku kata pun betul jugak..

My adik & his gf (Saja letak gmbr kontroversi sket.wakakaka)

Yalah, memanglah orang kata rezeki jgn ditolak & peluang kerja sekarang agak susah. Tapi takkan lah nak give up macam tu saja. Biar berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir. Berusaha untuk dapat yang terbaik dulu.. Kalau tak dapat tu lain cerita.. Kan2?

Susah jugak buat keputusan untuk orang lain ni.. Yang paling penting, aku perlu fikir dari point of view adik aku jugak, bukan hanya sesedap rasa aku suruh dia itu ini... Kalau aku dapat jawatan tu, adakah aku akan berpuas hati dan gembira? Lu pikirlah sendiri..

Sayang adik aku.. Walaupun orangnya sederhana, tapi aku nak yang terbaik untuk dia. Biarlah dia study dulu..huhuhu...

October 23, 2010

BP

Semalam, aku beria2 nak derma darah di hospital pantai. Selama ni tak pernah derma pun. Rasanya kamu tahukan untuk sapa & mengapa.

Pukul 11.30pagi tunggu kawan2. Kami enam orang. Sampai di blood donation room tu, tengok memang ramai orang. Banyak familiar face pakcik & abg2 lab, pegawai sains, postgraduate students dan lain-lain. Tengok dah ramai sangat orang, kami diberitahu bekalan darah sudah mencukupi tapi kalau nak derma jugak, boleh lagi. Pada waktu ni, mindaku berfikir samada untuk meneruskan niat atau tidak. Last2 aku isi je borang derma darah tu & hantar.

Tidak lama lepas tu, namaku dipanggil utk timbang berat badan, pastu ukur blood pressure. Nurse tu cakap, "Bp rendah, tidak boleh derma". Reaksi aku? Kecewa dan bingung. Sebab selama ni selalu check blood pressure, normal. Tak tau kenapa pagi ni..Hmmm...diastole aku 58 je.

Aku duduk dalam bilik tu menunggu kawan2 derma darah. Rasa scary pulak tengok tangan dorang dicucuk dengan canular yg besar tu.

Balik hostel, mak call, aku pun ceritalah tentang ni.. Mak terkejut dengan niat aku untuk menderma darah. (selama ni mak memang tak bagi pun). Pastu mak nasihat2 & menyuarakan kerisauan tentang low BP aku. Aku pun explain la mungkin sbb itu & ini.

Aku pun akhirnya faham dengan hikmah kejadian ini.

October 20, 2010

Kamera rosak

Di sebalik keriangan pg Pulau Jerejak. Aku dilanda malapetaka apabila kawan aku secara tidak sengaja telah menjatuhkan kamera aku. Akibat "kejatuhan" itu, lens kamera aku patah & termasuk ke dalam.

Ni dia kamera aku yang dah rosak tu


Dapat nmpk x? Lens dpn skali tu mcm x rata? Sebab dah termasuk sket.

Kawan aku gantilah dengan bagi aku RM300 utk repair. (lens rosak, org kedai tu ckp repair boleh mencecah RM320) Last-last, cina kat kedai tu cakap baik beli baru sbb Nikon COOLPIX skrg 12mp harga rm400lebih je.. (Dulu aku beli yg cikai ni pun RM700 woo!! 1 tahun stengah je tahan.) Pastu aku pon xjadilah nak repair. Kawan aku bank in je duit tu kat aku.

Aku decide, next sem baru beli kamera baru. Masa tu ada duit, boleh la top up sket RM300 yg sedia ada ni. Tak pasti lagi nak bli yang mana..DSLR kot! (Sekadar bermimpi..kwkwkwkw..). Beli nikon COOLPIX je cukup. Nak cari kedai yang murah dulu, boleh tawar2 sket..

Mungkin kamera aku jatuh ni ada hikmahnya. Nak buang sial.. Maklumlah, orang yg tolong pilihkan kamera ni memang xxxx pon.hahahaha..(Sekadar bergurau)

Ye, aku mmg kejam! Wahahahahahahhaha...

October 17, 2010

Pulau Jerejak

Berlatarkan Pulau Jerejak

Minggu ni banyak sangat aktiviti luar yang saya join. Sampai sekarang masih sakit otot, tulang & mcm2 lagi lah yang sakit.

Aktiviti yang paling best minggu ni mestilah aktiviti ke Pulau Jerejak..Hmm...Sebenarnya, saya pun tak sangka Pulau Jerejak boleh jadi tempat rekreasi yang syok. Dulu, seseorang cakap pulau tu ada total isolation prison & hospital tempat isolate orang yang ada penyakit berjangkit mcm kusta. Tapi sekarang dah jadi destinasi pelancongan.

Aktiviti ni dirancang pada awal minggu dan akhirnya ditetapkan pada hari Khamis, memandangkan tiada kuliah pada hari tu. Dengan beria janji berkumpul pukul 7.30pagi di pondok bas. Last2, pukul 8.30lebih baru gerak dari pondok bas tu. Kami naik bas USM ke pintu Sungai Dua. Dari situ, tunggu bas untuk pergi ke Jeti Pulau Jerejak. Tunggu bas lebih 1 jam, tapi bas U307 yang ditunggu-tunggu tidak muncul jugak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk tanya setiap bas yang lalu. Jeng3..Rupa-rupanya, hampir semua bas yang lalu pondok bas tu, lalu dekat dengan jeti tu. Cuma kena jalan kaki sikitlah dari tempat turun tu.. Hmmm.. 1 jam terbuang begitu saja....

Semasa menunggu kawan2 (sambil2 promote Tawau Project)

Pemandu bas tu pun dengan baik hatinya menurunkan kami di round-about dekat Gold coast (bukan Aus ok), pastu tunjukkan jalan untuk ke jeti tu. Alhamdulillah, sampai la jugak ke jeti yang dicari-cari. Ambil masa bincang2 & tengok2 aktiviti berpakej yang ditawarkan. Pastu tunggu ferry ke Jerejak yang bertolak pada pukul 11.30pagi. Sementara menunggu feri, kami pun belajar menganyam ketupat di tepi laut..

Tengah menganyam

Ketupat yang dah siap

Menuju ke feri

Sesampainya di Pulau Jerejak, kami terus menuju ke restoran untuk menikmati makanan buffet. Sangat mengejutkan! Makanan yang disediakan ala2 buffet di hotel. Sedap dan banyak pilihan. Macam tak percaya bayar RM50 inclusive buffet lunch, ferry rides and byk lagi activities yang best.

Lepas makan dan solat, kami buat aktiviti yang pertama- jungle trekking! Sangat memenatkan. Panjat bukit yang curam tapi yang bestnya dapat tengok kawasan bersejarah.

Tgh explain tentang perigi yang dibuat untuk pesakit kusta

Di hujung aktiviti ni, kami lalu jambatan gantung tinggi Lepas tu, kami ber"flying-fox" pulak.. Lalu atas empangan. Rasa best jugak dapat "terbang" sekali sekala kan..:-)

Jambatan gantung


Epi tengah ber"flying fox"

Habis aktiviti flying-fox, kami pun terus ber"wall-climbing". lenguh tangan & kaki. Tapi yang tak bestnya, aku tak dapat sampai ke atas tu..huhuhu...

Mula2 ketawa

Takat tertinggi yang dapat dicapai..waaaaa...tangan sangat lenguh

Lepas tu pulak, memanah! haha.. 1 saja yang mengenai board. Tu pun terketar-ketar.

Pemanah tepat.wakaka..

Aktiviti terakhir kami di sana, berbasikal di tepi laut dan kawasan sekitar pulau.

Muka penat

Lepas solat Asar, kami pun berlari ke jeti untuk menaiki feri pukul 6.00pm. (kalau lambat terpaksa naik yang pukul 7.30mlm)

Kami tak terus pulang lepas tu. Singgah Queensbay Mall dengan alasan takut tak sempat solat Maghrib, padahal sempat lagi merayau2 & beli J.co donuts.

Overall, memang sangat best. Masa yang dihabiskan? Hmmmm...13 jam. Kira start keluar dari bilik sampai balik ke bilik semula. Sesiapa yang tak pernah pergi lagi, saya cadangkan untuk anda pergi ke sana. Memang sangat best dan berbaloi.

October 16, 2010

Patah kaki


Agak terkejut melihat gambar di atas dalam FB. Hurmmm... Di atas ialah sepupu saya dan seperti yang anda lihat, kakinya disimen menunjukkan kepatahan. Dia juga membawa motor seperti abang saya dan tengok apa yang jadi. Abang saya juga pernah kemalangan 2 kali. Kemalangan yang pertama hanya melibatkan kecederaan ringan & kemalangan kedua pula mematahkan kaki kanannya dengan agak teruk (hampir lagi dicucuk besi).Sangat mengerikan.

Patah kaki bukannya semudah yang kita sangka. Kita hanya imagine yang kaki dibalut, tidak lama kemudian sembuh dan boleh berjalan. Sebenarnya proses untuk sembuh itu boleh memakan masa sehingga bertahun. Seperti keadaan abang saya dulu. Saya sangat sedih tapi tak mampu untuk buat apa2. Selepas setengah tahun berbalut & simen itu dibuka, dia masih tidak mampu berjalan dengan normal. Untuk dia benar-benar boleh berjalan dengan memakan masa lebih setahun. Sehingga sekarang, kakinya yang patah itu kadang-kala masih terasa sakit terutamanya jika terhentak di kawasan tulang yang pernah patah tu.

Saya juga membawa motor. Semoga dapat mengelak daripada perkara sebegini daripada berlaku. Ya Allah, lindungilah aku..

P/S: pas ni serik dah nak bawak motor laju2..

October 14, 2010

Charity work

I've done something I thought I will never ever do. Because I'm shy of a lot of things, although maybe some of you didn't noticed.

I've participated in a charity donation for Tawau Project in USM. I've did something beyond my limit. Walking with a big box on my hand, collecting donations from table to table during the 1 Malaysia Hari Raya Celebration in USM. I accomplished something that I'm somewhat proud of. Because, I actually not really " an instant people-person ". I have to know you for quite sometime in order for me to smile to you when I meet you. Yeah..

This project is actually to collect donations for flood victims in Tawau Sabah. To be exact, in Kampung Pasir Putih Tawau. . This charity project is organized by Jazz band USM with collaboration of many organization including PERSIS.. They aim to collect RM60,000. It has been going on for almost two months now. The final event will be a charity concert next Thursday.

I uploaded some photos of that night. Our Ministry of higher education was also there.

The entrance

From where I parked my bike.wakaka..(the white one is not mine)

Our table

Alvin, my partner for the collection

Find out how you can help:
http://tawauproject2010.wordpress.com/